Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bowling Persahabatan Antara Bakat Dan Perkep

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Y.Bhg Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahim telah mengetuai seramai sembilan orang pemain BAKAT yang terdiri daripada isteri Panglima Tentera..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bowling-persahabatan-antara-bakat-dan-perkep
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 06:42 MYT

Putrajaya - 5 Julai 2010. Sempena Mesyuarat Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia Kali Ke-6, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) telah menganjurkan permainan bowling persahabatan bersama Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) di Alamanda Bowling Centre, Putrajaya.

Y.Bhg Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahim telah mengetuai seramai sembilan orang pemain BAKAT yang terdiri daripada isteri Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan isteri Ketua Staf Markas ATM bersama dengan isteri-isteri Pegawai Kanan ATM.

PERKEP yang terdiri daripada empat orang pemain pula diketuai oleh Y.Bhg Puan Sri Suriati binti Md Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Permainan bowling ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim selain berkenalan dengan lebih mesra lagi di antara kedua-dua persatuan yang telah terjalin sejak sekian lama. Permainan ini juga telah berlangsung dalam suasana harmoni dan ceria.


Bowling Persahabatan Antara Bakat Dan Perkep
Ketibaan rombongan Y.Bhg Puan Sri Suriati binti Md Sobri disambut oleh Y.Bhg Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahim di Alamanda Bowling Centre, Putrajaya.
Bowling Persahabatan Antara Bakat Dan Perkep
Permainan persahabatan akan dimulakan sebentar lagi...
Bowling Persahabatan Antara Bakat Dan Perkep
Y.Bhg Puan Sri Suriati bt Md Sobri melihat markah yang berjaya dikumpul...
Bowling Persahabatan Antara Bakat Dan Perkep
(kiri) Datin Sharifah Aini bt Syed Bab bersama pemain-pemain dari BAKAT.
Bowling Persahabatan Antara Bakat Dan Perkep
Y.Bhg Puan Sri Suriati binti Md Sobri bersama Y.Bhg Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahim di Alamanda Bowling Centre, Putrajaya.
Bowling Persahabatan Antara Bakat Dan Perkep
Permainan dalam suasana harmoni dan ceria...
Bowling Persahabatan Antara Bakat Dan Perkep
Markah siapa yg tinggi.....??
Bowling Persahabatan Antara Bakat Dan Perkep
Berjaya melakukan 'strike'
Bowling Persahabatan Antara Bakat Dan Perkep
Bergambar Kenangan di hadapan Alamanda Bowling Centre.
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM