Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13

Published: 10 Jun 2014 3.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tema persidangan tahun ini ialah 'Mengembangkan Jaringan Hubungan Wilayah dan Kerjasama Untuk Kedamaian Global' (Enhancing Regional Networks and Collaborations For Global Peace), berjaya mengumpul kir..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-pertubuhan-akademi-kebangsaan-biro-penyiasatan-persekutuan-fbi-naa-asia-pasifik-ke-13
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT

Kuala Lumpur - 19 Julai 2010. Malaysia telah diberikan penghargaan untuk menjadi tuan rumah di Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI NAA) Asia Pasifik Ke-13, yang berlangsung selama lima hari bermula 19 Julai hingga 23 Julai 2010 di hotel The Gardens & Residences, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Tema persidangan tahun ini ialah 'Mengembangkan Jaringan Hubungan Wilayah dan Kerjasama untuk Kedamaian Global' (Enhancing Regional Networks and Collaborations For Global Peace), berjaya mengumpul kira-kira 200 Pegawai Polis dari rantau Asia Pasifik.

Berdasarkan tema tersebut, sebanyak 11 tajuk persembahan telah dijadualkan. Penceramah-penceramah terdiri daripada 3 Pegawai Kanan FBI, 3 penceramah antarabangsa dan 3 Pengarah PDRM serta Timbalan Ketua Polis Negara.

Persidangan ini antara lain akan membincangkan isu kerjasama antarabangsa, ancaman kegiatan pengganas, memperdagangkan manusia, pengedaran dadah antarabangsa dan jaringan kerjasama risikan serta pertukaran maklumat.

Majlis Perasmian Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI NAA) Asia Pasifik Ke-13 telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Hadir sama ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif bin Omar, YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur selaku Pengerusi Pengelola Persidangan, Joseph Demarest, Penolong Pengarah FBI Operasi Antarabangsa dan Kim Derry, Pengerusi FBI NAA 2010.

"Kerjasama risikan Polis Diraja Malaysia dan agensi keselamatan luar negara berupaya mengesan pergerakan kumpulan pengganas lebih awal, sekali gus dapat membendung keganasan berlaku dan tindakan drastik yang diambil PDRM pada peringkat awal bagi membendung kegiatan pengganas, berjaya mengawal ancaman keganasan dan jenayah antarabangsa di negara ini", kata
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein ketika ucapan perasmian persidangan.

FBI NAA ialah singkatan kepada Federal Bureau of Investigation National Academy Associates. Ia adalah satu organisasi bukan berorientasikan profit antarabangsa. Ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang pernah menghadiri kursus di Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI National Academy) selama 10 minggu di Quantico, Amerika Syarikat. 

Penyertaan pegawai polis antarabangsa bermula seawal tahun 1935 yang mana ketika itu dihadiri oleh pegawai-pegawai polis dari Britain, China dan Kanada. Sehingga kini,  seramai 36,000 orang agen FBI (Federal Bureau of Investigation), pegawai polis dan pegawai-pegawai penguatkuasa tempatan dari Amerika Syarikat dan 134 buah negara lain telah menghadiri kursus di  Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan.

Polis Diraja Malaysia mula menghantar pegawai menghadiri kursus in bermula 1964 apabila YDH SAC Kassim bin Ali menghadiri sesi 74 kursus tersebut. Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif bin Omar,  juga merupakan graduan FBI NAA setelah menghadiri kursus tersebut pada tahun 1967 (sessi 79).

Sehingga kini, seramai 58 orang pegawai PDRM telah berjaya menamatkan kursus 3 bulan tersebut, 2 orang pegawai polis wanita juga telah berjaya menamatkan kursus ini ialah mantan Timbalan Pengarah Pengurusan, Dato' Zakiah binti Ladin dan YDH ACP Normah binti Isyak yang kini bertugas di Bukit Aman.

FBI NAA Bahagian Asia Pasifik ialah antara empat bahagian antarabangsa lain yang terdiri daripada Bahagian Latin America/Caribean, Bahagian Eropah dan Bahagian Afrika/Timur Tengah. Bahagian Asia Pasifik pula terbahagi kepada 12 divisyen dan Malaysia ialah divisyen ketujuh.

FBI NAA Bahagian Asia Pasifik berpengkalan di Australia, didaftarkan secara rasmi pada tahun 1988 di Queensland, Australia. PDRM mula mengambil bahagian secara aktif pada tahun 2005 apabila menyertai persidangan ke-8 di Brisbane, Australia.


Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13 
dari kiri...YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Mr.Joseph Demarest, Y.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar dan Mr. Kim Derry

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13
Ucapan Aluan oleh YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur selaku Pengerusi Pengelola Persidangan.

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13
Ucapan oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13
Ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13
Perasmian Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI NAA) Asia Pasifik Ke-13

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Mr. Joseph Demarest, Penolong Pengarah FBI Operasi Antarabangsa 

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13
Mr. Kim Derry, Pengerusi FBI NAA 2010 menyampaikan cenderahati kepada YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13
Sidang Media...

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13
Antara peserta persidangan dari Asia Pasifik.

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13
Bergambar Kenangan bersama YB Menteri Dalam Negeri.

ArticlePublished 10 Jun 2014 3.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM