Pdrm Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke 41
Pulau
Pinang - 18 Julai 2010, Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-41 "Mr.
Malaysia 2010", Peringkat Akhir telah berlangsung dengan meriahnya di
Hotel Vistana, Pulau Pinang, malam lalu.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Puan Lydia Ong Kok Fooi, Exco Sukan dan Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang.
Hadir
sama di majlis makan malam sempena pertandingan akhir Kejohanan Bina
Badan Kebangsaan Ke-41 ialah Y.Bhg Datuk Wira Gan Boon Leong, Presiden
Persekutuan Bina Badan Malaysia serta Ahli-ahli Jawatankuasa dan Y.Bhg
Dato' Ong Poh Eng, Presiden Persatuan Bina Badan Pulau Pinang dan Ahli
Jawatankuasa serta dif-dif jemputan.
Sukan
Bina Badan merupakan satu aktiviti sukan yang dapat mendisiplinkan diri
seseorang khususnya dari segi pemakanan yang sihat dan latihan ke arah
kecergasan serta kesihatan tubuh badan. Di peringkat kebangsaan, kita
mempunyai atlet bina badan yang bertaraf dunia dan ini pastinya mampu
menarik minat generasi muda untuk menceburi kegiatan sukan ini dengan
matlamat memantapkan kesihatan diri dan memperolehi kejayaan dalam sukan
ini di persada antarabangsa.
Kejohanan
ini juga dapat dijadikan landasan untuk memilih jaguh-jaguh bagi
mewakili negara untuk menempah nama dalam kejohanan peringkat
antarabangsa seperti Sazali Samad dari PDRM yang telah mengharumkan nama
Malaysia.
Kejohanan
Bina Badan Kebangsaan Ke-41 ini menyaksikan lebih 124 orang 'kuat'
mempamerkan kejaguhan mereka untuk menjadi Juara. Sebanyak 15 pasukan
mengambil bahagian dalam kejohanan ini di mana 12 kategori akan
dipertandingkan iaitu dua Kategori Junior, satu Kategori Master dan
sembilan Kategori Terbuka.
Acara
yang dipertandingkan ialah Junior Light Weight - 70 kg ke bawah, Junior
Welter Weight - 70 kg ke atas, Master - 45 tahun ke atas, Light Fly
Weight - 55 kg ke bawah, Fly Weight - 55.1 kg - 60 kg, Bantam Weight -
60.1 kg - 65 kg, Light Weight - 65.1 kg - 70 kg, Welter Weight - 70.1
kg - 75 kg, Light Middle Weight - 75.1 kg - 80 kg, Middle Weight- 80.1
kg -85 kg, Light Heavy Weight - 85.1 kg - 90 kg dan Heavy Weight - 90.1
kg ke atas.
Pasukan
Bina Badan Polis Diraja Malaysia telah diketuai oleh Cif Inspektor
Gazali bin Yunus dan Jurulatih pula ialah Sazali bin Abd Samad. Pengadil
kejohanan dari PDRM pula ialah Azmi bin Nayan dan Murugan. Seramai 9
orang atlit dari PDRM telah mengmbil bahagian dalam 9 kategori sahaja.
Polis
Diraja Malaysia sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan, Kejohanan Bina
Badan Peringkat Kebangsaan Ke-41 (Mr. Malaysia 2010) dengan merangkul 4
Johan, 1 Naib Johan dan 2 peserta di tempat Ketiga. Lebih membanggakan,
gelaran 'Champion Of The Champion' juga telah dinobatkan kepada peserta dari PDRM.
Johan disumbangkan
oleh Ismail Riji (Heavy Weight), Mohayan Rosmani (Middle Weight),
Azahar Mahamad dalam kategori Welter Weight dan Mohd Syarul Azman Mahen
Abdullah (Light Weight) . Naib Johan pula diperolehi daripada
Valentine Wong dalam kategori Light Fly. Tempat Ketiga ialah Wan Man bin
Wan Ibrahim dalam kategori Light Heavy Weight dan Aloysius
Jaimon@George (Light Middle).
Kejohanan
Bina Badan Kebangsaan Ke-41 ini diharap akan membawa kepada satu
pembaharuan dan satu pendekatan yang lebih bermakna kepada pencapaian
dalam mengeluarkan serta menghasilkan seberapa ramai atlet sukan bina
badan yang berpontesi, berkualiti, berdedikasi serta dapat mengharumkan
nama Malaysia sebagai yang telah berjaya dilakukan oleh wira bina badan
dan juara 'Mr. Universe', Sjn Sazali Abd Samad.

Pasukan
Bina Badan PDRM diketuai oleh Cif Inspektor Gazali bin Yunus, Pengurus
Pasukan dan Jurulatih pula ialah Sazali bin Abd Samad

Naib Johan kategori Light Fly... Valentine Wong (tengah)

kiri...Tempat Ketiga dalam kategori Light Middle, Aloysius Jaimon@George

dua dari kanan...Wan Man bin Wan Ibrahim, tempat Ketiga dalam kategori Light Heavy Weight

No 83...Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Johan dalam kategori Light Weight

Memperagakan badan kepada barisan juri pengadil... Azahar Mahamad, Juara dalam kategori Welter Weight (kanan)

kiri... Juara Kategori Middle Weight, Mohayan Rosmani

Juara Heavy Weight, Ismail Riji atau gelarannya' Giant' (No 146..kiri)

Sazali Abd Samad, diberikan penghormatan untuk memperagakan badan di Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-41 "Mr Malaysia 2010"

Pemenang-pemenang semua kategori bertanding untuk merebut gelaran 'Champion Of The Champion'

Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah telah dinobatkan sebagai 'Champion Of The Champion'

Juara
Keseluruhan...Cif Inspektor Gazali bin Yunus menerima tropi daripada YB
Puan Lydia Ong Kok Fooi, Exco Sukan dan Pembangunan Wanita Negeri Pulau
Pinang.

Pasukan Bina Badan PDRM bergambar kenangan bersama piala-piala dan ahli keluarga yang turut memberi sokongan.