Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan Fbi Naa Asia Pasifik Ke 13
Kuala Lumpur - 19 Julai 2010. Malaysia telah diberikan penghargaan untuk menjadi tuan rumah di Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI NAA) Asia Pasifik Ke-13, yang berlangsung selama lima hari bermula 19 Julai hingga 23 Julai 2010 di hotel The Gardens & Residences, Mid Valley, Kuala Lumpur.
Tema
persidangan tahun ini ialah 'Mengembangkan Jaringan Hubungan Wilayah
dan Kerjasama untuk Kedamaian Global' (Enhancing Regional Networks and
Collaborations For Global Peace), berjaya mengumpul kira-kira 200
Pegawai Polis dari rantau Asia Pasifik.
Berdasarkan
tema tersebut, sebanyak 11 tajuk persembahan telah dijadualkan.
Penceramah-penceramah terdiri daripada 3 Pegawai Kanan FBI, 3 penceramah
antarabangsa dan 3 Pengarah PDRM serta Timbalan Ketua Polis Negara.
Persidangan
ini antara lain akan membincangkan isu kerjasama antarabangsa, ancaman
kegiatan pengganas, memperdagangkan manusia, pengedaran dadah
antarabangsa dan jaringan kerjasama risikan serta pertukaran maklumat.
Majlis
Perasmian Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan
Persekutuan (FBI NAA) Asia Pasifik Ke-13 telah disempurnakan oleh YB
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
Hadir
sama ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis
Negara, Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif bin Omar, YDH SAC
Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur
selaku Pengerusi Pengelola Persidangan, Joseph Demarest, Penolong
Pengarah FBI Operasi Antarabangsa dan Kim Derry, Pengerusi FBI NAA 2010.
"Kerjasama
risikan Polis Diraja Malaysia dan agensi keselamatan luar negara
berupaya mengesan pergerakan kumpulan pengganas lebih awal, sekali gus
dapat membendung keganasan berlaku dan tindakan drastik yang
diambil PDRM pada peringkat awal bagi membendung kegiatan pengganas,
berjaya mengawal ancaman keganasan dan jenayah antarabangsa di negara
ini", kata YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein ketika ucapan perasmian persidangan.
FBI
NAA ialah singkatan kepada Federal Bureau of Investigation National
Academy Associates. Ia adalah satu organisasi bukan berorientasikan
profit antarabangsa. Ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang pernah
menghadiri kursus di Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan
(FBI National Academy) selama 10 minggu di Quantico, Amerika Syarikat.
Penyertaan
pegawai polis antarabangsa bermula seawal tahun 1935 yang mana ketika
itu dihadiri oleh pegawai-pegawai polis dari Britain, China dan
Kanada. Sehingga kini, seramai 36,000 orang agen FBI (Federal Bureau of
Investigation), pegawai polis dan pegawai-pegawai penguatkuasa tempatan
dari Amerika Syarikat dan 134 buah negara lain telah menghadiri kursus
di Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan.
Polis
Diraja Malaysia mula menghantar pegawai menghadiri kursus in bermula
1964 apabila YDH SAC Kassim bin Ali menghadiri sesi 74 kursus tersebut.
Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif bin Omar, juga merupakan
graduan FBI NAA setelah menghadiri kursus tersebut pada tahun 1967
(sessi 79).
Sehingga
kini, seramai 58 orang pegawai PDRM telah berjaya menamatkan kursus 3
bulan tersebut, 2 orang pegawai polis wanita juga telah berjaya
menamatkan kursus ini ialah mantan Timbalan Pengarah Pengurusan, Dato'
Zakiah binti Ladin dan YDH ACP Normah binti Isyak yang kini bertugas di
Bukit Aman.
FBI
NAA Bahagian Asia Pasifik ialah antara empat bahagian antarabangsa lain
yang terdiri daripada Bahagian Latin America/Caribean, Bahagian Eropah
dan Bahagian Afrika/Timur Tengah. Bahagian Asia Pasifik pula terbahagi
kepada 12 divisyen dan Malaysia ialah divisyen ketujuh.
FBI
NAA Bahagian Asia Pasifik berpengkalan di Australia, didaftarkan secara
rasmi pada tahun 1988 di Queensland, Australia. PDRM mula mengambil
bahagian secara aktif pada tahun 2005 apabila menyertai persidangan ke-8
di Brisbane, Australia.
dari
kiri...YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, YDH Tan Sri Ismail bin
Haji Omar, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Mr.Joseph
Demarest, Y.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar dan Mr. Kim Derry

Ucapan
Aluan oleh YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab
PDRM Kuala Lumpur selaku Pengerusi Pengelola Persidangan.

Ucapan oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Perasmian Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI NAA) Asia Pasifik Ke-13

YDH
Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Mr. Joseph
Demarest, Penolong Pengarah FBI Operasi Antarabangsa

Mr.
Kim Derry, Pengerusi FBI NAA 2010 menyampaikan cenderahati kepada YB
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Sidang Media...

Antara peserta persidangan dari Asia Pasifik.

Bergambar Kenangan bersama YB Menteri Dalam Negeri.