Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Dan Pegawai Pegawai Kanan Pdrm Ke 19 Tahun 2007

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.32 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.30 PM
Seramai 130 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan pengurusan Polis Bantuan dan pelbagai organisasi telah hadir bagi menjayakan persidangan ini..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-ketua-ketua-agensi-polis-bantuan-dan-pegawai-pegawai-kanan-pdrm-ke-19-tahun-2007
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Port-Dickson - 3 september 2007. Persidangan Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM Ke-19 Tahun 2007, bermula 2-3 September 2007 telah diadakan di Guoman Hotels, Port-Dickson Negeri Sembilan.

Polis Bantuan telah diwujudkan sejak tahun 1948. Sebanyak 77 buah agensi kerajaan dan swasta telah menubuhkan unit Polis Bantuan masing-masing dengan keahlian seramai 12,849 orang. Di persidangan ini, seramai 130 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan pengurusan Polis Bantuan dan pelbagai organisasi telah hadir. Hadir sama di persidangan tersebut ialah YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Ismail bin Haji Omar, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH SAC 1 Dato' Mohd Noh bin Kandah, Ketua Polis Negeri Sembilan, Y.Bhg. Tuan Haji Zakaria Merican bin Ishak Merican, Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia, Y.Bhg. Dato' Zamani bin Abdul Ghani, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bantuan.

Di persidangan ini juga telah diadakan Mesyuarat Agung Persatuan Polis Bantuan Malaysia Kali Ke-10, Mesyuarat Penyelarasan Pegawa-pegawai Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen bersama Ketua Cawangan Pembantu Bukit Aman, Sesi Dialog bersama Ketua Polis Negara dan Ceramah bertajuk ' Curriculum Design' oleh Tuan Mior Mohd Zain bin Mior Mohd Tahir, Pengarah Jabatan Keselamatan Bank Negara Malaysia.

Persidangan ini diharap dapat memupuk semangat kerjasama dengan mempraktikkan 'horizontal collaboration' dan 'strategic dialogue'  sesama Polis Banyuan serta wakil-wakil PDRM dan seterusnya berinteraksi dan berkongsi pengalaman dan idea bagi mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi perkhidmatan Polis Bantuan di negara ini.

Persidangan ini juga akan memberikan tumpuan pada keperluan pembangunan dan pengurusan modal insan bagi meningkatkan mutu kerja dan kecekapan Polis Bantuan. Selain itu, persidangan ini akan dapat juga mengenal pasti metodologi dan pendekatan yang sesuai bagi terus meningkatkan tahap prestasi dan profesionalisme.

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Dan Pegawai Pegawai Kanan Pdrm Ke 19 Tahun 2007
YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato' Ismail bin Haji Omar, Pengarah Pengurusan PDRM dan YDH SAC 1 Dato' Mohd Noh bin Kandah, Ketua Polis Negeri Sembilan di Persidangan dan Dialog Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM

Persidangan Ketua Ketua Agensi Polis Bantuan Dan Pegawai Pegawai Kanan Pdrm Ke 19 Tahun 2007
Bergambar kenangan bersama delegasi-delegasi

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.32 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.30 PM