Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perbarisan Dan Perarakan Sambutan Kemerdekaan Ke 50

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.31 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Persembahan perbarisan dan perarakan membabitkan penyertaan dari pelbagai agensi sektor awam dan swasta, bukan sahaja disaksikan oleh rakyat dan pelancong, malahan ramai pemimpin ASEAN...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-dan-perarakan-sambutan-kemerdekaan-ke-50
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Kuala Lumpur - 31 Ogos 2007. Seramai 25,000 orang menyertai  perbarisan dan perarakan Sambutan Kemerdekaan Ke 50 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Persembahan perbarisan dan perarakan membabitkan penyertaan dari pelbagai agensi sektor awam dan swasta, bukan sahaja disaksikan oleh rakyat dan pelancong, malahan ramai pemimpin ASEAN.

Perbarisan dan perarakan Sambutan Kemerdekaan Ke 50 dibahagikan kepada tiga segmen  bertemakan 'Era Kemerdekaan'  yang memaparkan perjuangan serta sumbangan lima Perdana Menteri Malaysia pada era masing-masing.

Segmen pertama yang melibatkan seramai 10,000 orang peserta termasuk pelajar sekolah menengah dan kumpulan persembahan simfoni gendang Malaysia adalah formasi padang yang menarik perhatian penonton yang hadir. Segmen kedua membabitkan lebih 12,000 orang peserta bagi acara perbarisan serta perarakan, manakala segmen ketiga adalah formasi udara membabitkan 52 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam acara perbarisan, Polis Diraja Malaysia didahului oleh Pancaragam Pusat, diikuti oleh pembawa bendera Malaysia dan Sang Saka Biru, Cawangan Tugas Am, Unit Polis Pelancong,Pasukan PBB, Kor SUKSIS, Pasukan Marin, Cawangan Trafik, Batalion 3 PGA (Senoi Praq), Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan, Pasukan Gerakan Khas, Unit Pengesan K9 dan  Unit Berkuda.

Perbarisan Dan Perarakan Sambutan Kemerdekaan Ke 50
Kontinjen PDRM berarak megah dihadapan pentas utama

Perbarisan Dan Perarakan Sambutan Kemerdekaan Ke 50
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.31 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM