Artikel
Perkep Pdrm Raikan Golongan Ibu Dan Bapa
Kuala Lumpur, 24 Jun – “Untuk membalas jasa insan yang bergelar ibu dan bapa, tidak mungkin dapat dilunaskan walau dengan segunung emas mahu pun selautan intan...
Kuala Lumpur, 24 Jun – “Untuk membalas jasa insan yang bergelar ibu dan
bapa, tidak mungkin dapat dilunaskan walau dengan segunung emas mahu pun
selautan intan. Setiap insan bergelar ibu dan bapa tidak pernah
mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anaknya.”
Demikian antara bait-bait ucapan YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika merasmikan majlis “Pada Syurga Di Wajahmu” sempena meraikan Hari Ibu dan Bapa peringkat Kebangsaan 2014 di Dewan Bankuet, Pulapol KL petang semalam.
Majlis yang julung-julung kali diadakan ini merupakan salah satu inisiatif pasukan melalui Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) yang dinaungi oleh Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim selaku Pengerusi PERKEP Malaysia.
Tema “Ibu Di Hati, Syurga Menanti” dipilih bagi memberi penghargaan kepada jasa para ibu yang sentiasa menjadi nadi sesebuah institusi kekeluargaan sejajar dengan peranan yang dimainkan oleh PERKEP yang sentiasa berdiri teguh menyokong warga PDRM dalam apa jua cabaran yang dihadapi pasukan.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah para Pengarah PDRM dan isteri, barisan Ketua Polis Negeri dan isteri, pegawai-pegawai kanan, ahli-ahli PERKEP.
Majlis yang diadakan bertujuan untuk memastikan jalinan silaturrahim warga PDRM terutamanya yang bergelar ibu atau bapa sentiasa kukuh disamping memberi peluang kepada warganya meraikan hari yang bermakna bersama insan-insan tersayang serta menyemai rasa kasih yang tidak berbelah bahagi kepada mereka yang banyak berkorban membahagiakan keluarga tercinta.

Ketibaan para tetamu..

YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia bersama Pengarah-Pengarah PDRM di 'holding room'..

Ucapan aluan oleh Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim selaku Pengerusi PERKEP Malaysia.

YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan ucapan.

Penyampaian cenderamata.

Acara persembahan yang menghiburkan.

Ahli keluarga YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang bahagia..

Bergambar kenangan..