Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

The Cops Julang Piala Liga Premier 2014

Diterbitkan: 11 Jul 2014 1.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
PDRM FA kendalian Dollah Salleh telah mengumpul 52 mata hasil 16 kemenangan, empat seri dan hanya dua kali tewas sertai melayakkan mereka ke Liga Super yang ditinggalkan sejak 2008...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/the-cops-julang-piala-liga-premier-2014
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:07 MYT
Selayang, 24 Jun - Walaupun tewas 2-3 kepada Kedah di Stadium Perbandaran Selayang malam tadi, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘The Cops’ masih mampu mengukir senyuman apabila dinobatkan juara Liga Premier 2014.

PDRM FA kendalian Dollah Salleh telah mengumpul 52 mata hasil 16 kemenangan, empat seri dan hanya dua kali tewas sertai melayakkan mereka ke Liga Super yang ditinggalkan sejak 2008.

Biarpun dibanjiri pemain berpengalaman antarabangsa seperti Helmi Eliza Elias, Azizon Kadir, Sabre Mat Abu, Muslim Ahmad, Azi Shahril Azmi dan gandingan import Rafael, Ali Ashfaq dan Charles Souza Chad, PDRM turut diwakili anggota tetapnya dalam pasukan ini seperti Lans Koperal Willfred Jabun (penjaga gol), Lans Koperal Mohd. Fekri Tajudin (pertahanan), Koperal Mohd. Fauzi Majid (tengah) dan Lans Koperal Khairul Izwan Abdullah (penyerang).

Piala Liga Premier telah disampaikan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kepada YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sejurus perlawanan tamat.

Turut hadir sama-sama memberi sokongan YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri, Khalid Abu Bakar, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak PDRM dan Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia.

The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bersama YDH Tan Sri Dato’ Sri, Khalid Abu Bakar turut meraikan kejayaan.

The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
Antara penyokong PDRM F.A

The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
Maskot PDRM F.A

The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
Suasana sekitar stadium

The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
Barisan pemain

The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
Aksi-aksi sekitar perlawanan berlangsung.

The Cops Julang Piala Liga Premier 2014
ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2014 1.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM