Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Tawau Rampas Rokok Bernilai Rm148 000

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Ketika operasi itu, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan. Apabila bot itu diperiksa kami menjumpai rokok tersebut,' kata beliau dalam satu kenyataan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tawau-rampas-rokok-bernilai-rm148-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:47 MYT
Tawau, 21 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas rokok pelbagai jenis tanpa cukai bernilai kira-kira RM148,000 dalam operasi di perairan daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata rokok itu dirampas dalam operasi pada kira-kira 4 petang di kawasan Tanjung Batu.

"Ketika operasi itu, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan. Apabila bot itu diperiksa kami menjumpai rokok tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan.

Seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun turut ditahan, katanya. Mohamad berkata, rokok itu yang diseludup masuk dari negara jiran adalah untuk pasaran di sekitar Daerah Tawau.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM