Perkep Jabatan Pengurusan Pdrm Bukit Aman Tumpu Aktiviti Lebih Produktif
Kuala Lumpur, 8 Mac 2018 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman menekankan kepelbagaian aktiviti yang lebih produktif dengan penglibatan ahlinya secara aktif dan berterusan.
Itu antara objektif utama yang dibincangkan sempena Mesyuarat Agung PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman ke-28 bagi sesi 2018/2019 yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab yang juga merupakan penasihat serta penaung PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan persatuan ini bertujuan mewujudkan keharmonian rumah tangga, membimbing pengurusan ekonomi dan kesihatan serta mengeratkan lagi ukhwah persaudaraan di kalangan ahli keluarga dalam pasukan polis.
Selain itu, beliau turut menyeru kepada para suami agar lebih positif dalam memberikan galakan dan dorongan sepenuhnya kepada para isteri supaya dapat bersama-sama bergiat aktif dalam apa jua aktiviti yang dijalankan.
Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datin Noorfajariah Abd Manan berikrar akan memberikan sokongan yang padu bersama ahlinya dalam usaha memartabatkan kedudukan kaum wanita dengan mempelbagaikan acara serta program-program berunsur kebajikan dan sosial di masa akan datang.
Majlis diteruskan dengan pencalonan dan pemilihan ketua-ketua biro persatuan serta ahli jawatankuasa bagi sesi 2018/2019 peringkat Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Narenasagaran Thangaveloo bersama isteri, Datin Shamala M.Retnam, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Dato’ Mohd Roze Shaari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato’ Zainal Abu bersama isteri, Datin Wan Hazizon Salleh, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Zaini Jass bersama isteri, Datin Hairiah Mohd Tahir, barisan kepimpinan tertinggi PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman dan pegawai-pegawai kanan.
Bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab.
Ucapan perasmian oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab.
Penyampaian sijil penghargaan kepada barisan kepimpinan tertinggi PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman sesi 2017/2018.
Penyampaian sijil penghargaan kepada barisan kepimpinan tertinggi PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman sesi 2017/2018.
Penyampaian sijil penghargaan kepada barisan kepimpinan tertinggi PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman sesi 2017/2018.
Sesi bergambar kenangan.