Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bapa Ditahan Disyaki Rogol Anak Kandung Sejak Berusia 15 Tahun

Diterbitkan: 09 Mar 2018 6.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
LAWAS 9 Mac - Seorang lelaki ditangkap di rumahnya di Kampung Languban, Merapok di sini malam tadi,selepas anak perempuannya membuat laporan mendakwa dirogol oleh bapanya itu sejak berusia 15 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bapa-ditahan-disyaki-rogol-anak-kandung-sejak-berusia-15-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:48 MYT

LAWAS 9 Mac - Seorang lelaki ditangkap di rumahnya di Kampung Languban, Merapok di sini malam tadi,selepas anak perempuannya membuat laporan mendakwa dirogol oleh bapanya itu sejak berusia 15 tahun.

Ketua Polis daerah, Deputi Superitenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa yang kini berusia 25 tahun membuat laporan di Balai Polis Lawas di sini semalam, setelah tidak tahan menjadi puas nafsu bapa kandung sendiri.

Katanya, susulan laporan itu, polis telah menahan suspek berusia 47 tahun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada malam tadi.

“Mangsa mendakwa telah dirogol oleh suspek sejak berusia 15 tahun dan kali perbuatan terkutuk itu berlaku ialah kira-kira pukul 10 pagi, 1 Februari lalu di sebuah pondok di kebun getah milik keluarganya,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Beliau berkata, polis akan memohon mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di mahkamah pada pagi ini. -

Bacaan lanjut di http://www.utusan.com.my/…/lelaki-ditangkap-disyaki-rogol-a…

ArtikelDiterbitkan 09 Mar 2018 6.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM