Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai Rm12 700

Diterbitkan: 08 Mar 2018 6.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Hulu Terengganu, 8 Mac 2018 - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis heroin, pil kuda dan ganja yang keseluruhannya bernilai RM12,700 di sebuah gerai burger di Felda Mengkawang hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-lelaki-ditahan-bersama-dadah-bernilai-rm12-700
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:44 MYT

Hulu Terengganu, 8 Mac 2018 - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis heroin, pil kuda dan ganja yang keseluruhannya bernilai RM12,700 di sebuah gerai burger di Felda Mengkawang hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP, Mohd Adli Mat Daud berkata dalam serbuan kira-kira 12.45 pagi tadi pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Hulu Terengganu menemui satu beg berwarna biru gelap daripada seorang suspek yang ditahan.

"Semasa ditahan, seorang suspek berumur 30 tahun itu dilihat memegang satu beg dan apabila diperiksa pihak polis menjumpai satu bungkusan plastik berwarna putih bertulis 'Poslaju'. Di dalam bungkusan plastik tersebut terdapat satu bungkusan surat khabar yang berpita pelekat lutsinar.

“Di dalamnya terdapat lapan botol plastik lutsinar bertudung kuning berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin, empat peket plastik berwarna biru yang mengandungi 800 biji pil kuda, dan satu peket plastik lutsinar yang berisi daun kering yang dipercayai ganja bernilai RM30," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini.

Menurut Adli pihaknya turut menemui satu peket plastik lutsinar yang mengandungi 40 biji pil kuda di dalam satu beg berwarna coklat di atas lantai berhampiran seorang lagi suspek berumur 27 tahun.

Semasa serbuan, kedua-dua lelaki terbabit cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan di antara pihak polis apabila suspek bertindak melawan ketika ditangkap dan menyebabkan seorang daripada suspek cedera pada beberapa bahagian badan.

Katanya kedua-dua suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan direman sehingga 14 Mac.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 Mar 2018 6.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM