Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perjumpaan Dan Dialog Dengan Masyarakat Setiawangsa Kuala Lumpur

Published: 10 Jun 2014 1.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang hadir ialah ASP Wong Chan Yin dari Cawangan Siasatan Jenayah, C/Insp Azamuddin bin Ahmad, Hal Ehwal Awam, C/Insp Manokaran a/l Dorairaja Ketua Polis Ba..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perjumpaan-dan-dialog-dengan-masyarakat-setiawangsa-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:58 MYT
Kuala Lumpur - 15 Januari 2010. Bagi melaksanakan tugas pencegahan jenayah yang mensasarkan penurunan kadar Jenayah Indeks sebanyak 5 peratus dan Jenayah Jalanan sebanyak 20 peratus pada penghujung tahun ini, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria bin Pagan telah mengarahkan pegawai dan anggota polis  Daerah Sentul melakukan perjumpaan dan dialog dengan masyarakat setempat pada setiap bulan.

Ianya juga adalah saranan dan hasrat pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia, selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama National (NKRA - National Key Result Area), menjurus ke arah pengurangan jenayah. Selain itu, agenda utama PDRM ialah menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan bagi memenuhi ekspektasi dan aspirasi masyarakat yang sentiasa berubah-rubah.

Pada  15 Januari 2010, jam 9.00 malam  telah diadakan Majlis Perjumpaan dan Dialog antara polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dengan wakil penduduk Komuniti Bistari AU 3 Setiawangsa, Sentul, Kuala Lumpur. Perjumpaan telah diadakan di Dewan Komuniti Bistari AU 3 Setiawangsa, Sentul. Pengerusi Komuniti Bistari, En Mohamad Bahagia bin Hj Mahat bersama 30 orang wakil penduduk di seluruh kawasan tersebut telah meluangkan masa berdialog bersama wakil-wakil polis.

Wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang hadir ialah ASP Wong Chan Yin dari Cawangan Siasatan Jenayah, C/Insp  Azamuddin bin Ahmad, Hal Ehwal Awam, C/Insp Manokaran a/l Dorairaja Ketua Polis Balai Jalan Tun Razak dan Insp Mohd Syairazi bin Mohd Shahapuzi dari Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik. 

Dalam perjumpaan ini, ASP Wong Chan Yin berharap penduduk setempat boleh membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes-kes jenayah dengan menyalurkan maklumat dan menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak polis dengan melaporkan perkara-perkara yang baru dan yang luar biasa.

Sementara itu, C/Insp Azamuddin telah menerangkan konsep pencegahan jenayah di kalangan masyarakat setempat. Penerangan yang lengkap juga diberikan kepada wakil-wakil penduduk, bagaimana cara untuk menghindarkan jenayah, menjaga kawasan sendiri dari gejala jenayah dan tanggungjawab serta peranan masyarakat untuk bersama-sama membantu pihak polis dalam mencegah jenayah. Tidak ketinggalan juga penerangan mengenai Rakan Cop.

Dalam majlis dialog itu juga, beberapa persoalan telah diutarakan oleh wakil-wakil penduduk seperti isu berkaitan gejala penyalahgunaan dadah dan jenayah yang kerap berlaku di kawasan masing-masing. Di akhir majlis, penduduk melahirkan rasa berterima kasih kerana pihak polis dapat turun padang berjumpa dengan mereka dan berharap majlis seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap lagi. Wakil-wakil penduduk juga berjanji akan membantu pihak polis dalam menangani isu-isu berkaitan jenayah.

Perjumpaan Dan Dialog Dengan Masyarakat Setiawangsa Kuala Lumpur
Wakil-wakil penduduk Komuniti Bistari AU 3 Setiawangsa, Sentul, Kuala Lumpur di Majlis Perjumpaan dan Dialog bersama polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Perjumpaan Dan Dialog Dengan Masyarakat Setiawangsa Kuala Lumpur
Khusyuk mendengar penerangan dari wakil - wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul...
ArticlePublished 10 Jun 2014 1.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM