Artikel
Majlis Taklimat Perubahan Skim Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia
Sesi taklimat pertama mengenai Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis dan Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel oleh YM Puan Raja Nor Zaidah bint...
Cheras - 14 Januari 2010. Majlis Taklimat Perubahan Skim Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Bil. 25 Tahun 2009 telah berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras.
Hadir di majlis taklimat tersebut ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Datuk Ab Khalil bin Ab Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) serta YDH Dato'-Dato Pengarah Polis Diraja Malaysia.
Hadir sama ialah Y.Bhg Datuk Farida binti Mohd Ali, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA, Y.Bhg. Tua Haji Basharuddin bin Sadali, Pengarah Bahagian Saraan JPA, Y.Bhg. Tuan Haji Jalil bin Marzuki, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan JPA, YDH SAC II Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) merangkap Pengerusi Taklimat Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Bagi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2009, YDH Pesuruhjaya dan Ketua-Ketua Polis Negeri, Komandan-Komandan Pusat Latihan, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan oleh Y.Bhg. Datuk Ab Khalil bin Ab Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) dan juga ucapan balas oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.
Majlis seterusnya dimulakan dengan sesi taklimat pertama mengenai Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis dan Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel oleh YM Puan Raja Nor Zaidah binti Raja Ahmad dari Bahagian Pembangunan Organisasi JPA. Seterusnya taklimat kedua oleh Encik Abu Bakar bin Idris dari Bahagian Perkhidmatan Awam JPA dan taklimat akhir oleh Encik Lim Eng Hock dari Bahagian Saraan JPA.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab bagi menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan berkenaan Skim Perkhidmatan dan diakhiri dengan nyanyian lagu 'Sedia Berkhidmat'.

Ucapan oleh Y.Bhg. Datuk Ab Khalil bin Ab Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam

Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir...

Mendengar taklimat dengan khusyuk...

Penyampai Taklimat dari Jabatan Perkhidmatan Awam..dari kanan, Encik Abu Bakar bin Idris, YM Puan Raja Nor Zaidah binti Raja Ahmad dan Encik Lim Eng Hock.

YDH Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pesuruhjaya Polis Sabah mengajukan soalan...

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar juga turut membantu menjelaskan berkaitan Skim Perkhidmatan...

YDH Tan Sri Ismail menyampaikan cenderahati buku 'Sejarah Bergambar Institusi Polis Di Malaysia' kepada Y.Bhg. Datuk Ab Khalil

Cenderahati kepada Y.Bhg Datuk Farida binti Mohd Ali, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi Jabatan Perkhidmatan Awam

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu 'Sedia Berkhidmat'.