Artikel
Perjumpaan Dan Dialog Dengan Masyarakat Setiawangsa Kuala Lumpur
Wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang hadir ialah ASP Wong Chan Yin dari Cawangan Siasatan Jenayah, C/Insp Azamuddin bin Ahmad, Hal Ehwal Awam, C/Ins...
Kuala Lumpur - 15 Januari 2010. Bagi melaksanakan tugas pencegahan
jenayah yang mensasarkan penurunan kadar Jenayah Indeks sebanyak 5
peratus dan Jenayah Jalanan sebanyak 20 peratus pada penghujung tahun
ini, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria bin Pagan telah mengarahkan
pegawai dan anggota polis Daerah Sentul melakukan perjumpaan dan
dialog dengan masyarakat setempat pada setiap bulan.
Ianya juga adalah saranan dan hasrat pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia, selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama National (NKRA - National Key Result Area), menjurus ke arah pengurangan jenayah. Selain itu, agenda utama PDRM ialah menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan bagi memenuhi ekspektasi dan aspirasi masyarakat yang sentiasa berubah-rubah.
Pada 15 Januari 2010, jam 9.00 malam telah diadakan Majlis Perjumpaan dan Dialog antara polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dengan wakil penduduk Komuniti Bistari AU 3 Setiawangsa, Sentul, Kuala Lumpur. Perjumpaan telah diadakan di Dewan Komuniti Bistari AU 3 Setiawangsa, Sentul. Pengerusi Komuniti Bistari, En Mohamad Bahagia bin Hj Mahat bersama 30 orang wakil penduduk di seluruh kawasan tersebut telah meluangkan masa berdialog bersama wakil-wakil polis.
Wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang hadir ialah ASP Wong Chan Yin dari Cawangan Siasatan Jenayah, C/Insp Azamuddin bin Ahmad, Hal Ehwal Awam, C/Insp Manokaran a/l Dorairaja Ketua Polis Balai Jalan Tun Razak dan Insp Mohd Syairazi bin Mohd Shahapuzi dari Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik.
Dalam perjumpaan ini, ASP Wong Chan Yin berharap penduduk setempat boleh membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes-kes jenayah dengan menyalurkan maklumat dan menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak polis dengan melaporkan perkara-perkara yang baru dan yang luar biasa.
Sementara itu, C/Insp Azamuddin telah menerangkan konsep pencegahan jenayah di kalangan masyarakat setempat. Penerangan yang lengkap juga diberikan kepada wakil-wakil penduduk, bagaimana cara untuk menghindarkan jenayah, menjaga kawasan sendiri dari gejala jenayah dan tanggungjawab serta peranan masyarakat untuk bersama-sama membantu pihak polis dalam mencegah jenayah. Tidak ketinggalan juga penerangan mengenai Rakan Cop.
Dalam majlis dialog itu juga, beberapa persoalan telah diutarakan oleh wakil-wakil penduduk seperti isu berkaitan gejala penyalahgunaan dadah dan jenayah yang kerap berlaku di kawasan masing-masing. Di akhir majlis, penduduk melahirkan rasa berterima kasih kerana pihak polis dapat turun padang berjumpa dengan mereka dan berharap majlis seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap lagi. Wakil-wakil penduduk juga berjanji akan membantu pihak polis dalam menangani isu-isu berkaitan jenayah.

Wakil-wakil penduduk Komuniti Bistari AU 3 Setiawangsa, Sentul, Kuala Lumpur di Majlis Perjumpaan dan Dialog bersama polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Khusyuk mendengar penerangan dari wakil - wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul...