Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Hingga 30 April Pesuruhjaya Polis Sabah

Published: 14 Apr 2015 6.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KOTA KINABALU, 14 April -Fasa 17 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 15 April ini dilanjutkan ke Fasa 18 mulai 16 hingga 30 April dari 7 malam hingga 5 pagi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjutkan-hingga-30-april-pesuruhjaya-polis-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:17 MYT

 

KOTA KINABALU, 14 April -Fasa 17 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir pada 15 April ini dilanjutkan ke Fasa 18 mulai 16 hingga 30 April dari 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung merangkumi enam daerah melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan yang ditetapkan dilanjutkan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone.

"(Pelanjutan perintah berkurung ini juga) ialah bagi memudahkan penguatkuasaan, memantau segala pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya polis Sabah juga mengambil keputusan melanjutkan perintah berkurung berkenaan kerana langkah itu turut mendapat sokongan pengusaha chalet dan pihak yang terlibat dalam aktiviti perikanan demi menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di sempadan.

Jalaluddin berkata kuasa telah diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti-aktiviti perikanan atau lain-lain aktiviti laluan yang mendesak.-BERNAMA

ArticlePublished 14 Apr 2015 6.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM