Artikel
Isu Sensitif Pdrm Tak Beri Muka
Amaran sudah diberi, namun masih terdapat segelintir individu yang cuba membangkitkan kemarahan rakyat berbilang agama di Negara ini.
Amaran sudah diberi, namun masih terdapat segelintir individu yang cuba membangkitkan kemarahan rakyat berbilang agama di Negara ini.
Terbaharu seorang individu yang menggelar dirinya sebarai Azreen ATB di laman social Facebook, memuat naik status mengajak orang ramai menghalau penduduk yang menganuti agama hindu agar keluar dari Negara ini.
Beliau juga didapati mengeluarkan kata-kata ugutan untuk membakar kuil di Negara ini termasuk di Batu Caves.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terbabit.
SUMBER : SINAR HARIAN