Perhimpunan Khas Pegawai Pegawai Awam Sempena Peringatan Hari Polis Ke 203
Bukit Aman - 4 Mei 2010. Perhimpunan Khas Pegawai-Pegawai Awam Sempena Peringatan Hari Polis Ke-203 telah di adakan di Padang Letak Kereta, bangunan 4 Tingkat Bukit Aman pada pagi ini.
Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Turut hadir ialah YDH Datuk Seri', Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Timbalan-timbalan Pengarah serta pegawa-pegawai kanan PDRM.
Y.Bhg Tuan Hj. Omar bin Osman, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-PekerjaPerkhidmatan Awam (CUEPACS), Y.Bhg Encik Abd. Rahim bin Jantan, Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) dan juga Barisan Exco PACSU dan Pegawai-pegawai Awam juga telah hadir di Perhimpunan Khas Pegawai-Pegawai Awam Sempena Peringatan Hari Polis Ke-203.
Perhimpunan Khas Pegawai-Pegawai Awam Sempena Peringatan Hari Polis Ke-203 ini menjadi lambang keikhlasan, kejujuran dan semangat yang tinggi kepada kakitangan awam untuk memberi sumbangan kepada keselamatan dan kesejahteraan negara, disamping memantapkan lagi pasukan Polis Diraja Malaysia.
Pegawai Awam memainkan peranan sebagai jentera pentadbiran yang penting didalam Polis Diraja Malaysia, yang menuntut kompetensi, keberkesanan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. WalaupunPegawai Awam berada di belakang tabir, sumbangan yang dicurahkan adalah kunci utama yang ada kaitan dengan reputasi dan imej PDRM keseluruhannya, tanpa disedari, penyampaian perkhidmatan yang berkualiti adalah kesinambungan kerjasama semua pihak.
"Tepatilah janji yang telah diikrarkan kepada masyarakat disamping sentiasa berazam untuk meninggikan mutu perkhidmatan, hakiskan sifat mementingkan diri sendiri, berkhidmatlah dengan penuh tanggungjawab, amanah dan mesra".
"Tunjangkan dan tampilkanlah diri anda sebagai Pegawai Awam yang berintegriti, berkebolehan, setia, dedikasi dan jadilah seorang pekerja yang cemerlang. Bersama-samalah menerima perubahan dengan hati yang ikhlas, sikap yang positif dan minda yang terbuka, demi mencapai kecemerlangan PDRM dan wawasan negara", kata YDH Ketua Polis Negara semasa menyampaikan ucapannya.

Ucapan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara semasa Perhimpunan Khas Pegawai-Pegawai Awam Sempena Peringatan Hari Polis Ke-203

Antara Barisan Exco yang hadir...

Bersalaman dengan Pegawai Awam yang hadir ke Perhimpunan Khas Pegawai-Pegawai Awam Sempena Peringatan Hari Polis Ke-203

Seramai 51 orang Pegawai Awam dari seluruh kontinjen telah menerima Surat Penghargaan dari Ketua Polis Negara

Penerima-penerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara