Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Futsal Piala Psp Kl 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kejohanan Futsal Piala PSP KL 2010 dianjurkan oleh ASP Sathasivam a/l Maniam, Pegawai Penjaga Terup 1B, bertujuan untuk melahirkan semangat kesukanan dan keharmonian di kalangan pegawai dan anggota s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-futsal-piala-psp-kl-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:36 MYT

Cheras - 3 Mei 2010. Kejohanan Futsal Piala PSP KL 2010, bermula dari 1 hingga 3 Mei, telah di berlangsung di Gelanggang Serbaguna Juara Rakyat, Briged Tengah PGA, Cheras.

Majlis penutupan Kejohanan Futsal Piala PSP KL 2010 telah disempurnakan oleh YDH ACP Nasaruddin bin Hj. Zahari, Timbalan Komander PSP Polis Diraja Malaysia.

Hadir sama ialah Superintenden Shubly bin Hj. Zainal Abidin, Pegawai Pemerintah Unit 1 PSP Kuala Lumpur, ASP Sathasivam a/l Maniam, Pegawai Penjaga Terup 1B serta Pegawai Penjaga Unit 4 dan Pegawai-pegawai Kanan pasukan Simpanan Persekutuan.

Kejohanan Futsal Piala PSP KL 2010 dianjurkan oleh ASP Sathasivam a/l Maniam, Pegawai Penjaga Terup 1B, bertujuan untuk melahirkan semangat kesukanan dan keharmonian di kalangan pegawai dan anggota  serta kakitangan awam PSP Kuala Lumpur. Kejohanan ini juga mendapat kerjasama dari Bank Rakyat dan CIMB Bank.

Sebanyak 13 pasukan dari Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur dan 4 pasukan jemputan telah mengambil bahagian, dengan penuh semangat kesukanan dan muhibbah.

Johan Pasukan Jemputan ialah Bank Rakyat dan naib Johan ialah Pasukan CIMB Bank.

Tempat Ketiga Piala Kejohanan Futsal Piala PSP KL 2010 ialah Pasukan Perancic dari Terup 1B.  Naib Johan ialah Pasukan Bunga Kemboja dari Terup 4A dan Johan ialah Pasukan Teratai dari Terup 4B.

Piala Fair Play ialah Pasukan Perancis, yang tidak pernah mendapat sebarang kad sepanjang kejohanan dijalankan.

Penjaring Terbanyak ialah L/Kpl Suhaimi Othman dari Pasukan Bunga Kemboja dengan jaringan sebanyak 13 gol dan Pemain Terbaik ialah Konstabel Mohd Fazly bin Abdul Lahit dari Pasukan Teratai Terup 4B.

Kejohanan Futsal Piala Psp Kl 2010
Perlawanan akhir antara Pasukan Bunga Kemboja dari Terup 4A dan Pasukan Teratai dari Terup 4B (jersi kuning)

Kejohanan Futsal Piala Psp Kl 2010
Johan...Pasukan Teratai dari Terup 4B membawa pulang Piala Pusingan dan hadiah wang tunai RM500.00

Kejohanan Futsal Piala Psp Kl 2010
Penjaring Terbanyak...L/Kpl Suhaimi Othman dari Pasukan Bunga Kemboja menerima hadiah dari  YDH ACP Nasaruddin bin Hj. Zahari, Timbalan Komander PSP Polis Diraja Malaysia.

Kejohanan Futsal Piala Psp Kl 2010
Pemain Terbaik...Konstabel Mohd Fazly bin Abdul Lahit dari Pasukan Teratai Terup 4B

Kejohanan Futsal Piala Psp Kl 2010
Pengadil perlawanan...dari kanan, Sjn Prem Kumar, Sjn Amin, Sjn Zaini dan Kpl Willeh.

Kejohanan Futsal Piala Psp Kl 2010
Cenderahati dari ASP Sathasivam a/l Maniam, Pegawai Penjaga Terup 1B kepada YDH ACP Nasaruddin bin Hj. Zahari, Timbalan Komander PSP Polis Diraja Malaysia.

Kejohanan Futsal Piala Psp Kl 2010
YDH ACP Nasaruddin bin Hj. Zahari, Timbalan Komander PSP Polis Diraja Malaysia bergambar kenangan bersama pemenang-pemenang.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM