Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Saksi Utama Kes Tembak Remaja Beri Keterangan

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Shah Alam - Polis semalam telah mengambil keterangan rakan sekelas Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15, yang berada bersama mangsa yang mati ditembak polis dalam kejadian awal pagi Isnin lalu bagi mend..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/saksi-utama-kes-tembak-remaja-beri-keterangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:47 MYT

Shah Alam - Polis semalam telah mengambil keterangan rakan sekelas Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15, yang berada bersama mangsa yang mati ditembak polis dalam kejadian awal pagi Isnin lalu bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, remaja itu akan diambil keterangan sebagai saksi utama dalam kes tersebut.

"Polis telah mengambil keterangannya tadi (semalam) menjadikan jumlah saksi yang dipanggil menjadi 10 orang dimana sembilan daripadanya anggota polis," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya bagi mengulas perkembangan terkini kes remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid yang mati selepas terkena tembakan polis peronda kira-kira 2 pagi Isnin lalu.

Rakan Allahyarham tersebut dilaporkan membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11, di sini kira-kira pukul 10 malam hari kejadian.

Khalid pada masa yang sama menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian termasuk pemandu yang terlibat dalam pelanggaran dengan kereta arwah supaya tampil memberikan keterangan.

"Kita perlukan keterangan mereka untuk dapatkan cerita sebenar, ini kes serius.

"Dua anggota polis berpangkat Koperal dan dua lagi bepangkat Konstabel yang terbabit dalam kejadian kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," jelasnya.

Khalid pada sidang akhbar itu turut meminta semua pihak termasuk ahli politik agar tidak membuat sebarang kenyataan kerana ia hanya akan menganggu siasatan polis termasuklah pihak media.

"Jika siasatan dapati ada pihak yang cuai termasuklah jika ia melibatkan orang sendiri (polis) yang cuai dan melebihi kuasa diberikan, tindakan setimpal akan diambil," katanya.

Petikan dari Kosmo
29 April 2010

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM