Artikel
Perhimpunan Khas Pegawai Awam Pdrm Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun
Sebagai sebahagian daripada warga PDRM, Pegawai Awam yang bertindak sebagai jentera pentadbiran yang menjadi tunjang dan nadi kepada urus tadbir PDRM..
Bukit Aman - 7 Mei 2009. Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM Sempena
Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri
Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Padang Letak Kereta,
Bangunan 4 Tingkat, Bukit Aman.
Hadir sama diperhimpunan tersebut ialah YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM Tahun 2009, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Y.Bhg Tuan Hj Omar bin Osman, Presiden CUEPACS, Y.Bhg Encik Abdul Rahim bin Jantan, Preseden PACSU Malaysia, YDH Dato'-Dato', Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Barisan Exco PACSU serta Pegawai-pegawai Awam.
PDRM adalah sama dengan agensi-agensi Perkhidmatan Awam yang lain, yang telah mengalami pelbagai perubahan akibat proses globalisasi, ledakan maklumat dan peningkatan taraf sosio ekonomi rakyat. Namun transformasi tersebut adalah seiring dengan perubahan masa. Justeru, keadaan tersebut menuntut kompetensi, keberkesanan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Sebagai sebahagian daripada warga PDRM, Pegawai Awam yang bertindak sebagai jentera pentadbiran yang menjadi tunjang dan nadi kepada urus tadbir PDRM, walaupun hanya sebanyak 8.2 peratus sahaja, warga Pegawai Awam akan bersama-sama menerima perubahan dengan hati yang ikhlas, sikap yang positif dan minda yang terbuka demi mencapai kecemerlangan PDRM dan wawasan negara.
Ke arah menjayakan aspirasi pucuk pimpinan dan kerajaan, lima (5) aspek Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam telah digariskan iaitu:-
1. Kepimpinan Transformasi (Transformational Leadership)
2. Perkhidmatan Awam yang Kompeten (Competent Government Services)
3. Perkhidmatan Awam Yang berasaskan Nilai-Nilai Murni (Value Based Delivery)
4. Perkhidmatan Awam yang mempunyai Jaringan yang Luas (Connected Government)
5. Perkhidmatan Awam Yang Mendahului Pelanggan (Customer Centric Civil Service)
Bagi mengambil langkah positif dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi di dalam bidang tugas masing-masing, PDRM telah mewujudkan Unit Latihan Kursus Pegawai Awam. Seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) dan dua Pegawai Awam telah dikhaskan untuk menguruskan kursus dan latihan Pegawai Awam PDRM di Bahagian Latihan PDRM. Sepanjang tahun 2008, sebanyak 453 kursus Latihan Dalam Perkhidmatan yang melibatkan seramai 33,388 orang peserta kursus telah di adakan bagi meningkatkan kompetensi Pegawai Awam dalam melaksanakan tugas.
"Bersama-samalah kita membina satu pasukan yang mendahulukan pelanggan dan mengutamakan prestasi kerja yang selari dengan saranan YAB Perdana Menteri iaitu 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Semoga konsep yang berdasarkan prinsip Kebersamaan (Togetherness) dan Kekitaan (Sense of Belonging) dalam satu keluarga besar ini menjadi kekuatan pengerak kepada kita semua untuk menuju ke arah kegemilangan demi pasukan dan negara tercinta" antara ucapan YDH Ketua Polis Negara kepada warga Pegawai-pegawai Awam.
YDH Ketua Polis Negara juga menyeru kepada semua warga Pegawai Awam, 'Tunjangkan dan tampilkan diri anda sebagai Pegawai Awam yang berintegriti, berkebolehan, setia dan dedikasi. Jadilah seorang pekerja cemerlang yang bukan hanya bekerja untuk memperoleh hasil daripada pekerjaannya, tetapi juga memperoleh kepuasan daripada perkhidmatan yang diberikan kepada majikan dan juga masyarakat'.

Bacaan Ikrar oleh Encik Mohd Umar bin Anuar

Ikrar...Antara Pegawai Awam yang hadir

Ucapan dan amanat YDH Ketua Polis Negara kepada Pegawai Awam

PF/17266 Anuar bin Mamat dari Majlis Sukan PDRM Bukit Aman menerima Surat Penghargaan dari YDH Ketua Polis Negara

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian koir oleh Kumpulan Koir PACSU yang membawa tiga lagu...lagu Suara Pekerja, lagu Perkhidmatan Awam dan lagu Tegas, Adil dan Berhemah.

Gambar Kenangan...Seramai lima puloh orang menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Negara