Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penyerahan Kenderaan Curi Malaysia Oleh Pengarah Jsj

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada 6 Mei 2009, Penolong Pengarah NCB/Interpol, Supt. Gan Tack Guan telah menerima 30 buah kereta curi dari Malaysia yang dirampas di Singapura..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyerahan-kenderaan-curi-malaysia-oleh-pengarah-jsj
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:00 MYT

Shah Alam - 15 Mei 2009. Pada 6 Mei 2009, Penolong Pengarah NCB/Interpol, Supt. Gan Tack Guan telah menerima 30 buah kereta curi dari Malaysia yang dirampas di Singapura. Ekoran dari perbincangan dua hala dengan pihak Singapore Police Force (SPF), 29 buah kereta telah disahkan dilapor curi di Malaysia manakala sebuah lagi mempunyai masalah kewangan dimana pemiliknya berhutang. Jumlah kerugian kenderaan yang dilaporkan dicuri ditafsirkan lebih kurang RM2.3 juta . Kenderaan-kenderaan tersebut ditempatkan di Kompleks Telekom, Lot 1, Seksyen 17, Persiaran Jubli Perak, Shah Alam.

Pada jam 10.00 pagi hari ini,  bertempat di Kompleks Telekom, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah mengadakan Sidang Akhbar berkaitan penyerahan 30 buah kenderaan curi tersebut. Kenderaan-kenderaan tersebut akan diserahkan kepada Pegawai-pegawai Penyiasat yang mengendalikan kes tersebut dan juga wakil-wakil insuran.

Jenis-jenis kenderaan yang dilaporkan hilang ialah Toyota Hilux (14), Honda CRV (5), Toyota Fortuner (3), Nissan Frontier (3), Toyota Innova (2), Toyota Camry (1), Toyota Avanza (1) dan Nissan X-Trail (1). Kenderaan tersebut dilaporkan dicuri dikawasan Kuala Lumpur (12), Selangor (9), Johor (3), Negeri Sembilan (2), Pahang (1), Melaka (1) dan Perak (1) dan sebuah kenderaan tiada repot hilang.

Penyerahan Kenderaan Curi Malaysia Oleh Pengarah Jsj
Sidang Akhbar oleh YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

Penyerahan Kenderaan Curi Malaysia Oleh Pengarah Jsj
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menunjukkan sebahagian kenderaan yang dilaporkan di rampas di Singapura.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM