Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bersempena Bulan Ramadhan Al- Kareem ini, berlangsungnya Perhimpunan Bulanan semua Jabatan Peringkat Bukit Aman, anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi / Counter Terrorism), dan telah disempurn..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-bulanan-semua-jabatan-peringkat-bukit-aman-anjuran-jabatan-pasukan-petugas-khas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:06 MYT

Bukit Aman, 11 Ogos 2011- Bersempena Bulan Ramadhan Al- Kareem ini, berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan semua Jabatan Peringkat Bukit Aman, anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi / Counter Terrorism), dan telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara pagi ini.


Turut hadir YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Counter Terrorism), YDH Datuk Seri - Datuk Seri, YDH Dato'-dato' Pengarah Jabatan, YDH Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam.

Perhimpunan bulanan ini merupakan perhimpunan kali kedua sejak Pasukan Petugas Khas (Operasi / Counter Terrorism) ditubuhkan dalam PDRM dengan usia yang baru mencecah kira-kira 2 tahun dan 6 bulan.

YDH Ketua Polis Negara dalam ucapannya, "Walaupun ada yang berpendapat bahawa aktiviti seharusnya dikurangkan di bulan puasa, namun dalam pasukan polis, kita hendaklah berpegang kepada falsafah puasa itu sendiri yang menuntut kepada intensiti ibadah maka, seharusnya kerja kita yang merupakan satu daripada cabang ibadah juga perlu diteruskan seperti biasa".

"Syukur Alhamdulillah, Malaysia telah bebas daripada serangan mana-mana pihak atau kumpulan militan. Walaupun terdapat aktiviti militan dari luar, ianya dapat ditangani dan ditangkis dengan cekap dan berkesan oleh Pasukan Petugas. Ini adalah hasil daripada usaha yang gigih yang Pasukan Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu terrorism", ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pegawai dan anggota yang bertugas semasa perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada Julai yang lalu kerana berjaya mengawal keadaan kembali normal dan tiada insiden yang melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa di pihak kita, ujar YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan pagi ini.

Sempena majlis perhimpunan pagi ini, seramai 11 orang pegawai dan 3 orang anggota serta seorang kakitangan awam telah menerima Sijil Penghargaan oleh YDH Ketua Polis Negara.


Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas
YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar Ketua Polis Negara bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah-Pengarah PDRM.

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas
Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas
Bacaan Doa...

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas
Lafaz Ikrar...

Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas
YDH Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan..

Antara penerima Sijil Penghargaan di majlis tersebut.
Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas
Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas
Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman Anjuran Jabatan Pasukan Petugas Khas


Wartawan : L/Kpl Norliza bt. Basrah
Jurufoto : L/Kpl Mohd Shahreel bin. Shariman
Penyunting : C/Insp. Norsuzila bt. Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM