Perkep Malaysia Sempurnakan Pengisian Penghayatan Bulan Ramadhan
Kuala Lumpur , 11 Ogos -
Sebagai penghargaan dan penghayatan kepada bulan Ramadhan Al-Mubarak
tahun ini, Persatuan Keluarga-keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah
mengadakan lawatan amal dan penyerahan bungkusan makanan dan kuih raya
kepada warga PDRM dan anggota keluarga mereka yang terlantar di hospital atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Y.Bhg.
Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia,
telah berbesar hati mengetuai rombongan lawatan ini dan turut disertai
isteri Pengarah-pengarah PDRM dan Ahli-ahli Jawatankuasa PERKEP
Malaysia.
Ketibaan Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia di perkarangan HKL.
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia melawat warga PDRM yang menerima rawatan di wad.

Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri, menyampaikan sumbangan makanan dan kuih raya semasa lawatan amal.




Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri, melawat adik Muhd Aiman...anak kepada KPL Abd Rahim bin Ahmad dari Cawangan Mahkamah IPD Kota Setar Kedah.



Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri sempat meluangkan masa mendengar luahan hati pesakit.


Para tetamu Kehormat bertanyakan khabar kepada Hasnah binti Idris, isteri kepada L/Kpl Hashim bin Borhan dari Cawangan komunikasi IPK Melaka.

YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Setiausaha PERKEP Malaysia turut beramah mesra dengan pesakit.


TERHARU......Seorang pesara polis tidak menyangka dilawati isteri Ketua Polis Negara.

KATA - KATA PERANGSANG..Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri memberi kata - kata semangat kepada pesakit.





PRIHATIN..Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Hj Md Sobri juga sempat meluangkan masa bermesra bersama pesakit kanak-kanak di wad.



Sesi bergambar kenangan bersama Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati.
Wartawan : L/Kpl Irfan Bujang
Jurufoto : L/Kpl Helmi
Penyunting : Insp Md Aruwan bin Amilah