Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penstrukturan Baru Bagi Memperkasakan Polis Gerakan Marin Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
“Satu Mesyuarat Eksekutif Bersama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang telah diadakan pada 11 Februari 2011 telah memutuskan bahawa PDRM masih perlu mengekalkan sebahagian aset untuk menj..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penstrukturan-baru-bagi-memperkasakan-polis-gerakan-marin-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:41 MYT
Pulau Pinang, 12 Ogos 2011 - "Satu Mesyuarat Eksekutif Bersama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang telah diadakan pada 11 Februari 2011 telah memutuskan bahawa PDRM masih perlu mengekalkan sebahagian aset untuk menjalankan peranan dan fungsi kepolisannya di perairan negara, di mana mesyuarat penyelarasan antara agensi-agensi Penguatkuasaan Maritim pada 10 Mac 2011, telah membuat keputusan bahawa PDRM dikehendaki meneruskan tugas penguatkuasaan dan kepolisan di semua sungai, tasik dan pulau", ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapan beliau sempena Majlis Pelancaran Doktrin Penugasan Baru Pasukan Gerakan Marin PDRM (PGM) di PGM Wilayah 1, Batu Uban, Pulau Pinang.   

 

Sebelum ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Ogos 2009 telah memutuskan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) adalah sebagai agensi penguatkuasa tunggal di laut. Dengan keputusan itu, maka semua tugas penguatkuasaan di laut negara, yang selama ini dilaksanakan oleh PDRM  dengan penggemblengan tenaga Pasukan Gerakan Marin (PGM) akan diambil alih oleh APMM.

 

Sehubungan itu, PDRM telah menyusun dan menstrukturkan semula peranan, fungsi, tugas dan tanggungjawabnya supaya dapat mencapai objektif di dalam melaksanakan misi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

 

Susulan daripada keputusan perbincangan tersebut, PDRM menyerahkan 60 buah bot ronda kelas PX, PA dan PC bersama 570 perjawatan serta 7 buah pangkalan utama kepada APMM.

 

Pada tahun 2005, PDRM juga telah menyerahkan 15 buah kapal ronda kelas PZ bersama 510 perjawatan kepada APMM. Dengan demikian PDRM telah menyerahkan 75 buah bot ronda, 1,080  perjawatan dan  7  buah pangkalan kepada APMM.

 

Antara skop penugasan penguatkuasaan  yang diberikan kepada PDRM adalah di kawasan perairan sungai, tasik dan pulau, maka satu bentuk penugasan yang lebih fokus kepada aspek keselamatan dalam negara dan ketenteraman awam, serta mencegah jenayah telah dijadikan teras penugasan baru PGM.

 

Bagi melaksanakan peranan dan tugas ini dengan lebih mantap dan berkesan maka semua bentuk skop penugasan dan langkah-langkah yang perlu telah dibukukan dan dijadikan sebagai satu "Doktrin" yang akan diguna pakai oleh PDRM, khususnya Pasukan Gerakan Marin di dalam melaksanakan tugas dan peranannya.

 

Dalam memenuhi skop dan memperjelaskan lagi penugasan penguatkuasaan di kawasan-kawasan yang penting dari segi sosio-geo-ekonomi yang merangkumi :-

  1) Semua sungai termasuk muara sungai;
  2) Semua tasik, empangan dan kawasan tadahan air;
  3) Semua pulau di perairan negara;
  4) Semua kawasan daratan pantai dan tebingan sungai negara sehingga 1.6 kilometer (1 batu) dari tepi pantai 
     dan tebingan sungai ke daratan; dan
  5) Semua pelabuhan, jeti dan dermaga di seluruh negara.


Ujar Tan Sri juga, bidang penugasan kepolisan yang lain selain daripada penguatkuasaan seperti penyiasatan, perisikan dan keselamatan tetap masih kekal dan perlu dilaksanakan oleh PDRM di semua kawasan perairan  yang terletak di bawah jurisdiksi daerah Polis dan ini juga adalah bersesuaian dengan skop dan domain penugasan yang baru, peranan dan fungsi PGM kini menjadi lebih fokus kepada:-


1) mengawal keselamatan dalam negeri dari ancaman  luar dan dalam negara;

2) mencegah, mengesan, dan menyiasat kes-kes jenayah, (termasuk kawasan perairan wilayah  

    negara);

3) menjaga keselamatan nyawa dan harta benda awam;

4) menjalankan risikan jenayah, keselamatan dan kepolisan; dan

5) menyediakan perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat.


Walaupun Jemaah Menteri telah memutuskan PDRM tidak dikehendaki menjalankan tugas penguatkuasaan di perairan negara, ia hanyalah satu keputusan yang dibuat secara pentadbiran sahaja.

Dari sudut perundangan, PDRM masih tetap diberikan kuasa mengikut undang-undang untuk melaksanakan semua tugas kepolisan di seluruh wilayah, dan pada bila-bila masa ianya diperlukan.

PDRM masih organisasi utama yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh kerajaan untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam negara, baik di daratan mahupun di perairan wilayahnya.  

 

Justeru itu, PDRM tidak boleh mengabaikan sebarangan ancaman atau serangan yang berlaku di perairan wilayahnya kerana ia saling berhubung kait dan mempunyai impak ke atas keselamatan dan ketenteraman awam di daratan.

Dengan terbitnya Doktrin Penugasan Baru PGM ini dapat memantapkan secara realistik perkhidmatan PDRM kepada masyarakat selaras dengan Konsep 4P yang telah diperkenalkan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sebelum ini.
 
Antara yang hadir semasa pelancaran doktrin ialah, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-pengarah PDRM, YDH Ketua-ketua Polis, Mantan Komander-komander PGM, serta pegawai dan anggota marin yang terlibat.

 

Penstrukturan Baru Bagi Memperkasakan Polis Gerakan Marin Pdrm
Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara disambut mesra oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Penstrukturan Baru Bagi Memperkasakan Polis Gerakan Marin Pdrm
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menandatangani buku pelawat.
 
Penstrukturan Baru Bagi Memperkasakan Polis Gerakan Marin Pdrm
Ucapan aluan daripada YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA PDRM.

Penstrukturan Baru Bagi Memperkasakan Polis Gerakan Marin Pdrm
Ucapan aluan serta perasmian oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
 
Penstrukturan Baru Bagi Memperkasakan Polis Gerakan Marin Pdrm
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menerima Doktrin PGM.
 
Penstrukturan Baru Bagi Memperkasakan Polis Gerakan Marin Pdrm
Gimik Pelancaran Doktrin Pasukan Gerakan Marin yang disempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Penstrukturan Baru Bagi Memperkasakan Polis Gerakan Marin Pdrm
Gambar kenangan bersama YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Penstrukturan Baru Bagi Memperkasakan Polis Gerakan Marin Pdrm
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa sesi sidang media.

Jurufoto    : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor & Konst Raymond Martin
Wartawan   : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
 

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM