Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perdana Menteri Rasmi Igem 2015

Published: 11 Sep 2016 8.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
KUALA LUMPUR – 11 September. Bertemakan ‘Powering The Green Economy’, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan majlis perasmian International Greentech And Eco Products Exhibition And Conference Malaysia 2015 (IGEM 2015) di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perdana-menteri-rasmi-igem-2015
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:07 MYT
KUALA LUMPUR – 11 September. Bertemakan ‘Powering The Green Economy’, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan majlis perasmian International Greentech And Eco Products Exhibition And Conference Malaysia 2015 (IGEM 2015) di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pagi tadi.

IGEM 2015 adalah landasan teknologi hijau terbesar di rantau ini, membawa bersama-sama peserta tempatan dan antarabangsa untuk bertukar dan menyebarkan inovasi, kepakaran dan pengetahuan di samping menggalakkan peluang perniagaan.

Acara yang bermula pada 9 hingga 12 September ini telah menarik 350 penyertaan dari 20 negara di seluruh dunia dengan 450 gerai pameran dan Polis Diraja Malaysia juga turut menyertai pameran IGEM 2015.

Pameran ini direka berdasarkan lima tonggak utama untuk memacu ekonomi hijau Malaysia iaitu tenaga hijau, pengangkutan hijau, bangunan hijau, teknologi pengurusan sisa pepejal dan juga teknologi air bersih.

Hadir di majlis perasmian ialah Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA). Turut hadir Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi PDRM, DCP Dato’ Zulkapli bin Ahmad, Timbalan Pengarah II, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

1
Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi PDRM turut hadir

2
Antara yang hadir...

3
Ucapan perasmian oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

4
Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi PDRM melawat gerai pameran PDRM

6
Ketua Menteri Melaka bersama Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) juga turut melawat gerai pameran PDRM

7
Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi PDRM menyampaikan cenderahati kepada Ketua Menteri Melaka.
ArticlePublished 11 Sep 2016 8.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM