Ibadah Korban Dan Akikah Bukit Aman Sempena Aidiladha
IBADAH KORBAN DAN AKIKAH BUKIT AMAN SEMPENA AIDILADHA
Kuala Lumpur, 13 September 2016- Sempena Aidiladha yang telah diraikan pada 10 Zulhijjah 1437 Hijrah dalam kalendar Islam, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman telah menganjurkan program Ibadah Korban dan Akikah bertempat di perkarangan Masjid Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Sebanyak sembilan ekor lembu dan dua ekor kambing sumbangan bersama oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia dan Masjid Bukit Aman telah dikorbankan bagi tujuan ibadah tersebut untuk disedekahkan kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Program tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama isteri beliau yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim yang turut bersama-sama menjayakan program tersebut sekaligus menyelami nilai ibadah korban dan akikah itu sendiri sepertimana tuntutan dalam Islam.
Turut hadir mengimarahkan majlis itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil , Dato’ Acryl Sani Hj.Abdullah Sani, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, barisan pegawai kanan, anggota, pegawai awam PDRM dan jemputan media.
Simbolik penyerahan pisau sembelihan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri' Dato' Sri Khalid Abu Bakar kepada SUPT Hj.Ghazali bin Hj.Daud
Ketua Polis Negara, Tan Sri' Dato' Sri Khalid Abu Bakar semasa bacaan doa.
Sekitar majlis berlangsung..
Sekitar program ibadah korban berlangsung...
Para petugas program ibadah korban...
sekitar majlis...
Sesi sidang media...