Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Sambut Baik World Quran Hour

Diterbitkan: 11 Sep 2016 4.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 11 September 2016 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik program ‘World Quran Hour’ yang julung-julung kalinya diadakan serentak di seluruh dunia hari ini dengan mengadakan bacaan Al-Quran beramai-ramai oleh warga kerja PDRM Bukit Aman di Masjid Bukit Aman tepat jam 9.00 pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-sambut-baik-world-quran-hour
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:25 MYT

PDRM SAMBUT BAIK ‘WORLD QURAN HOUR’

Kuala Lumpur, 11 September 2016 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik program ‘World Quran Hour’ yang julung-julung kalinya diadakan serentak di seluruh dunia hari ini dengan mengadakan bacaan Al-Quran beramai-ramai oleh warga kerja PDRM Bukit Aman di Masjid Bukit Aman tepat jam 9.00 pagi tadi.

Bacaan Al-Quran seramai lebih kurang 115 orang yang berjalan selama satu jam itu dipimpin oleh Pegawai Turus Pengimarahan Masjid/Surau/KAFA JIPS BAKA PDRM merangkap Tim. Pengerusi Masjid Bukit Aman dan Imam 1 Masjid Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali Bin Daud diselangi dengan bacaan tafsir pada setiap ayat oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Bukit Aman, Ustaz Muhammad Fahrurrazi Bin Sahibul Ghani.

Program kemudian diteruskan lg dengan penyampaian tazkirah berkenaan Al-Quran dan fadhilatnya oleh Inspektor Latihan/Kebajikan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Bukit Aman merangkap Penolong Setiausaha Masjid Bukit Aman, Inspektor Muaz bin Abdullah Habib.

Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan dalam membina masyarakat yang celik Al-Quran kerana melalui penghayatannya akan membentuk disiplin diri dengan jiwa yang murni seterusnya melestarikan sasiah diri yang mampan.

Pdrm Sambut Baik World Quran Hour
Pegawai Turus Pengimarahan Masjid/Surau/KAFA JIPS BAKA PDRM merangkap Tim. Pengerusi Masjid Bukit Aman dan Imam 1 Masjid Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali Bin Daud memimpin bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diselangi dengan bacaan tafsir pada setiap ayat oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Bukit Aman, Ustaz Muhammad Fahrurrazi Bin Sahibul Ghani.

Pdrm Sambut Baik World Quran Hour
Pdrm Sambut Baik World Quran Hour
Pdrm Sambut Baik World Quran Hour
Sekitar bacaan berlangsung..

Pdrm Sambut Baik World Quran Hour
Penyampaian tazkirah berkenaan Al-Quran dan fadhilatnya oleh Inspektor Latihan/Kebajikan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Bukit Aman merangkap Penolong Setiausaha Masjid Bukit Aman, Inspektor Muaz bin Abdullah Habib.

ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2016 4.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM