Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perbarisan Perpisahan Yb Dato Seri Syed Hamid Albar

Published: 09 Jun 2014 9.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tanggal 19 Mac 2008 telah membuka lembaran bersejarah bagi Kementerian Dalam Negeri kerana pada tanggal tersebut, YB Dato' Seri Syed Hamid Albar..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perbarisan-perpisahan-yb-dato-seri-syed-hamid-albar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:46 MYT

PULAPOL - 15 April 2009. Perbarisan Perpisahan YB Dato' Seri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar dan YBhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin telah berlangsung dalam suasana hujan renyai dan hiba di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md Sobri, Yang Mulia Dato' Raja  Azahar bin Raja Abdul Manap, Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri dan isteri, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Tanggal 19 Mac 2008 telah membuka lembaran bersejarah bagi Kementerian Dalam Negeri kerana pada tanggal tersebut, YB Dato' Seri Syed Hamid Albar telah mengambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri yang disandang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato' Seri Syed Hamid Albar di atas jasa serta sumbangan Yang Berhormat selama satu tahun dua puluh satu hari bersama warga PDRM. Warga PDRM menyanjung tinggi di atas keperihatinan  serta sentiasa memberi sokongan yang jitu terhadap usaha yang telah dilakukan oleh PDRM bagi memperkasakan pasukan ini, mengambil berat dan memantau segala usaha yang dilakukan oleh PDRM khususnya tentang pencapaian Pelan Strategik Lima Tahun PDRM (PS5T) yang ternyata telah mengubah PDRM ke arah lebih produktif dan proaktif.

Di atas dorongan dan sokongan YB Dato' Seri, Kementerian Dalam Negeri telah memperuntukkan sejumlah bajet yang besar kepada PDRM umpamanya di dalam aspek pembangunan PDRM, membaik pulih Balai-Balai Polis, pembelian kereta berkuasa tinggi dan motosikal untuk tugas pencegahan jenayah. Selain itu YB Dato' Seri juga cukup prihatin terhadap aspek kebajikan seluruh warga PDRM, memperjuangkan soal kenaikan pangkat, kemudahan asas dan penampilan Polis Diraja Malaysia.

Sokongan yang jitu dan tidak berbelah bagi daripada YB Dato' Seri kepada PDRM selama ini telah menaikkan dan menyemarakkan lagi semangat warga PDRM untuk terus bekerja dan berbakti kepada seluruh rakyat negara ini tanpa mengenal penat dan jemu, tidak akan gentar dan takut kepada apa-apa halangan dan rintangan serta cubaan untuk melemahkan PDRM daripada terus berkhidmat kepada bangsa, agama dan negara.

Perbarisan Perpisahan Yb Dato Seri Syed Hamid Albar
Antara YDH Pengarah-Pengarah PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan yang hadir

Perbarisan Perpisahan Yb Dato Seri Syed Hamid Albar
Pemeriksaan Perbarisan oleh YB Dato' Seri Syed Hamid sambil diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara

Perbarisan Perpisahan Yb Dato Seri Syed Hamid Albar
Perbarisan Lintas Hormat..Kawalan Kehormatan diketuai oleh DSP Alexandro Dawan bersama 102 anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan sambil dibantu oleh Penolong Pegawai Baris, ASP Nazrul Azman Nazri.

Perbarisan Perpisahan Yb Dato Seri Syed Hamid Albar
Gurindam Perpisahan hasil nukilan Supt. Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam disampaikan oleh Sjn Muhamad bin Ismail, HEA IPD Rembau

Perbarisan Perpisahan Yb Dato Seri Syed Hamid Albar
YB Dato' Seri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar dan YBhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin ditarik menggunakan kenderaan khas sehingga ke pintu gerbang PULAPOL.

ArticlePublished 09 Jun 2014 9.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM