Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun 2009

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tema program menderma darah yang dijalankan hari ini ialah 'Derma Darah Menyelamatkan Nyawa' merupakan salah satu susuncara dalam kalendar Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202 Tahun...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/derma-darah-sempena-peringatan-hari-polis-ke-202-tahun-2009
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:53 MYT
PULAPOL - 9 April 2009. Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 Tahun 2009 telah berlangsung di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur.

Hadir di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dr. Norhanim bin Sidin, Pengarah Pusat Darah Negara, Y.Bhg Dato' Dr. Mohd Hashim bin Tajudin, Pengarah Pengurusan Kumpulan CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd, YDH CP Dato' Abd Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Dato'Dato' Pengarah , YDH Timbalan Dato'-Dato' Pengarah, Pegawai-pegawai kanan, anggota , kakitangan awam serta Kor SUKSIS dari UPM dan UM.

Tema program menderma darah yang dijalankan hari ini ialah 'Derma Darah Menyelamatkan Nyawa' merupakan salah satu susuncara dalam kalendar Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202 Tahun.

Gerakan kesedaran di kalangan pegawai, anggota serta warga PDRM bagi menderma darah adalah satu komitmen berterusan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya. Menderma darah juga adalah usaha murni sebagai suatu amalan kebajikan sepanjang hayat dimana ia dapat menyelamat nyawa orang lain tetapi pada masa yang sama dapat juga membolehkan darah yang baru dihasilkan dan mengekalkan kesihatan diri masing-masing. Setiap titik darah yang didermakan itu merupakan 'The Gift Of Life And There Can Be No Greater Gift In Life Than The Gift Of Life It Self'.

Di majlis ini juga, CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd  telah memberi sumbangan hamper dan pil-pil vitamin kepada penderma-penderma darah, untuk membantu penderma-penderma darah kembali sihat dan cergas seperti sebelumnya.

Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun 2009
dari kiri..
YDH CP Dato' Abd Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, Y.Bhg Dr. Norhanim bin Sidin, Pengarah Pusat Darah Negara, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Dato' Dr. Mohd Hashim bin Tajudin, Pengarah Pengurusan Kumpulan CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd.

Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun 2009
Sketsa gimik pelancaran Kempen Derma Darah

Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun 2009
YDH Tan Sri Ismail bin Hj Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan turut menderma darah.

Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun 2009
dua dari kanan... Supt. Rasdi bin Ramli Penguasa Perhubungan Awam bersama penderma-penderma darah.

Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun 2009
Antara kakitangan awam Bukit Aman yang turut menderma darah.

Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun 2009
Inspektor Pelatih juga tidak ketinggalan menderma darah

Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun 2009
Antara penderma-penderma darah terbanyak yang menderma darah untuk Tabung Darah Negara.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM