Upacara Sembahyang Keagamaan Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun
Brickfields, Kuala Lumpur - 17 April 2009. Upacara Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun telah di adakan di Kuil Buddha Maha Vihara, Brickfields.
Hadir di upacara tersebut ialah YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan, YDH CP Dato' Koh Hung Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Pegawai-pegawai Kanan, anggota, kakitangan awam serta masyarakat setempat.
Di majlis itu juga, YB Dato' Wira Chor Chee Heung, telah menyampaikan sumbangan dari PDRM dari kutipan derma pegawai, anggota serta masyarakat setempat kepada Ketua Sami Sanghanayaka Malaysia, K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero.
Kutipan derma itu akan di berikan kepada
Buddist Maha Vihara dan sumbangan ikhlas kepada L/Kpl Zulkhayanan bin
Zainal, bekas Konst. Lim Book Eng, C/Insp Ang Wai Leong, L/Kpl/D
Khairuddin bin Md Noor, D/Sjn Nur Aminah Ong binti Abdullah, mendiang
DSP Wong Teik Khong, mendiang C/Insp Foo Teik Fong dan Janet A/P M.J
Fernandez.

Ketibaan YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan disambut oleh YDH CP Dato' Koh Hung Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM

YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan bersalaman dengan Inspektor-Inspektor Pelatih

Sesi sembahyang

Ketua Sami Sanghanayaka Malaysia, K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero mengikat benang kesejahteraan ke tangan YB Dato' Wira Chor Chee Heung

Bersama-sama membantu mengikat benang

YB Dato' Wira Chor Chee Heung menyampaikan derma ikhlas kepada wakil penerima

Bergambar kenangan di hadapan Kuil Buddha Maha Vihara