Peranan Pancaragam Pdrm Seiring Penugasan Pasukan
Kuala Lumpur, 22 Nov -
"Peranan Pasukan Pancaragam dalam PDRM tidak semestinya dilihat sebagai
menyampaikan persembahan kepada orang ramai, tetapi juga sebagai
sebagai medium perantara merapatkan polis kepada masyarakat," ujar YDH
Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, hari ini.
Berucap
sempena Majlis 'Meet The Men Session' Pancaragam PDRM Bersama KPN di
Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, hari ini, beliau turut menyatakan
tanggungjawab hakiki pasukan ini juga adalah satu cabang dalam bidang
kepolisan untuk masyarakat dengan penerapan kualiti dan nilai disiplin
yang tinggi kepada mereka.
Tidak
kira sama ada dalam seseorang anggota daripada cawangan Tugas Am,
Siasatan Jenayah atau sebagainya, selagi uniform biru PDRM masih
tersemat, selagi itulah tanggungjawab seseorang anggota itu sebagai
anggota polis diperlukan oleh masyarakat.
Majlis
yang diadakan pada hari ini adalah berobjektifkan memberi penghargaan
kepada pasukan pancaragam PDRM atas sumbangannya kepada pasukan selama
ini.
Semasa
Upacara Tamat Latihan Polis Bantuan Sime Darby yang lalu, Pasukan
Pancaragam PDRM telah mendapat pujian daripada pihak Sime Darby sendiri
yang amat kagum dengan persembahan mereka di mana menurut mereka lebih
baik daripada mana-mana pasukan Pancaragam Agensi Perkhidmatan Awam di
negara ini yang telah mereka saksikan.
Pancaragam
PDRM selama ini telah berjaya mengangkat martabat dan imej PDRM bukan
sahaja di mata masyarakat tempatan tetapi juga di persada pentas
antarabangsa di mana kecemerlangannya diakui apabila membuat persembahan
polis dan tentera di luar negara seperti di United Kingdom, Australia,
Thailand, Vietnam Selatan, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Jerman dan juga
di Sweden.
Semasa
membuat persembahan di Sweden pada tahun 2009, pasukan Pancaragam PDRM
telah berjaya mengondol kategori Persembahan Terbaik dengan mengalahkan
beberapa pasukan pancaragam militari terkenal di dunia dan
berkemungkinan akan ke Itali untuk mengadakan pesembahan di negara itu
pada tahun depan.
Sekilas Mengenai Pasukan Pancaragam PDRM
Ditubuhkan
sejak tahun 1932, Pasukan Pancaragam PDRM kini telah dipimpin dan
dikendalikan oleh Superintenden Alina binti Saad, Ketua Pengarah Muzik
PDRM kelima yang juga wanita pertama yang mengetuai pasukan pancaragam
ini.
Pancaragam
Pusat Polis Diraja Malaysia yang terdapat pada hari ini ialah hasil
daripada perkembangan Pancaragam Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(Federated Malay States) yang ditubuhkan dalam tahun 1932 oleh Encik
J.D. Hussey, seorang pegawai polis berbangsa Inggeris.
Di
peringkat permulaan, pancaragam ini dianggotai oleh 10 orang yang
dibawah pimpinan Encik Chico dan kemudiannya digantikan oleh Professor
Gulvesi.
Pada
tahun 1937, pancaragam ini telah mendapat khidmat penuh seorang pemimpin
muzik yang bertauliah berkelulusan Maktab Muzik Tentera British (RMCM)
ialtu A.W. Crofts, AMN,MBE,ARCM, yang juga sebagai pelopor Pancaragam
Polis Diraja.
Ketua
Pengarah Muzik pertama dilantik di cawangan ini ialah DSP A.W. Croft,
diikuti Alias Arshad, DSP Shamsuddin Ismail, DSP Abu Bakar Long dan
Supritendan Mangsor Ibrahim.
Turut
hadir dalam majlis hari ini, Pengarah-pengarah PDRM, YDH Supt. Alina
Binti Saad, Ketua Pengarah Muzik PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Pengacara majlis memulakan majlis dengan kata - kata aluannya...

Antara tetamu kehormat yang turut hadir...

Bacaan doa bagi memberkati majlis...

Superintenden Alina binti Saad, Ketua Pengarah Muzik PDRM, menyampaikan kata - kata aluan...

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ketika berucap pada majlis tersebut...

Iringan muzik yang merdu didendangkan...



Antara tetamu yang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut....



Para tetamu mengambil makanan menjamu selera...




"MENGHIBURKAN" Persembahan dari pasukan pancaragam PDRM...

YDH
Supt. Alina binti Saad, Ketua Pengarah Muzik PDRM menyampaikan
cenderahati kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara...

YDH
ASP Rahmatullah Khan, Ketua Pengarah Muzik Kedah Darul Aman
menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara...

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis...
Wartawan: L/kpl Irfan bin Bujang
Jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin