Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011

Published: 11 Jun 2014 5.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Konvensyen KIK merupakan salah satu inisiatif PDRM untuk mengutarakan pelbagai idea baru berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan di samping melahirkan warga PDRM yang menjadi pen..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-konvensyen-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-pdrm-tahun-2011
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:35 MYT
Ipoh - 24 Jun 2011. Pagi ini, bertempat di Ballroom, Garden Wing, Hotel Ritz Garden, Ipoh, 11 kumpulan bersaing untuk merebut kejuaraan di dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2011.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Inovasi PDRM Tahun 2011.
Turut hadir di majlis perasmian ialah YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik dan Pembangunan), YDH SAC Dato' Zakaria bin Yusof,Timbalan Ketua Polis Perak, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Perak, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan serta para peserta.

Konvensyen KIK merupakan salah satu inisiatif PDRM untuk mengutarakan pelbagai idea baru berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan di samping melahirkan warga PDRM yang menjadi peneraju (trend setter) dalam melaksanakan pengurusan kepolisan seharian.Penyertaan 11 kumpulan (7 kumpulan mewakili 6 kontinjen dan 4 kumpulan mewakili 1 jabatan) akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovasi, hasil daripada pembentangan projek mereka yang praktikkan dalam skop penugasan dan variasi budaya kerja mereka.
Konvensyen KIK PDRM 2011 akan dinilai oleh barisan panel penilai, Encik Hamzah bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, Encik Mokzani Aris bin Mohd Yusof, Pegawai Perunding Kanan, Jabatan Kecemerlangan Perniagaan, Perbadanan Produktiviti Malaysia dan Tuan Haji Suhaimi bin Md Ali, Pengurus Kanan Kualiti, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti, Lembaga Tabung Haji.

Penilaian Pemarkahan Persembahan Kumpulan dibahagi kepada 8 kriteria, iaitu pemilihan masalah/projek penambahbaikan, penjelasan masalah/projek penambahbaikan, penggunaan teknik-teknik penyelesaian masalah, tindakan pembetulan dan pelaksanaan, pencapaian hasil projek, tindakan penyeragaman, penilaian kumpulan dan persembahan projek.

"Bukan mudah untuk menjadi seorang yang inovatif dan kreatif. Kedua-dua ciri ini memerlukan kesungguhan dan komitmen untuk memberi yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan".
"Mereka ini tergolong dalam golongan yang positif dari segi sikap dan perlakuan, tidak gentar  mencari kelainan dan mencuba yang baru walaupun mencabar dan menghadapi rintangan" ucap YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan sebelum mengakhiri ucapannya.

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
dari kiri...YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua UrusSetia KPN (Penyelidik dan Pembangunan), YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak dan YDH SAC Dato' Zakaria bin Yusof,Timbalan Ketua Polis Perak.

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir..

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Doa selamat...semoga majlis diberkati..

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Ucapan aluan oleh YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik dan Pembangunan)

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Ucapan perasmian oleh YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Gimik perasmian...

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM Tahun 2011 berlangsung di Ballroom, Garden Wing, Hotel Ritz Garden, Ipoh.

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Tetamu jemputan bersama Ketua Polis Daerah Kontinjen Perak..

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Diperkenalkan..salah seorang panel penilai

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Kumpulan Trafik 11 dari Cawangan Trafik Bukit Aman

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Kumpulan POLARIS dari IPD Batu Pahat

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Kumpulan 'F' Transform dari IPD Petaling Jaya

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
'The Mariners', PGM Wilayah 1, Sg. Nibong, Pulau Pinang

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
Kumpulan E-Smart dari IPD Putrajaya

Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Pdrm Tahun 2011
YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan beramah mesra dengan peserta-peserta yang mengambil bahagian sebelum meninggalkan majlis

Wartawan  : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto   : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting : F29 Siti Fatimah Abdul Manan
ArticlePublished 11 Jun 2014 5.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM