Presiden Majlis Peguam Malaysia Kunjungi Ketua Polis Negara
Kuala
Lumpur, 24 Jun 2011 - YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj.
Omar, Ketua Polis Negara, menerima kunjungan hormat daripada En. Lim
Chee Wee, Presiden Majlis Peguam Malaysia (MPM), petang ini.
Pertemuan
berlangsung di Bilik Tetamu Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis
Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur dan turut dihadiri CP YDH
Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ), YDH CP Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik (JSJN), YDH Dato' Mohd Rodwan Mohd Yusof, Timbalan
Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan YDH Dato' Razali Basri,
Pen. Pengarah D5 Pendakwaan/Undang-Undang JSJ.
Delegasi
Majlis Peguam Malaysia pula terdiri daripada Christopher Leong Sau Foo,
Timbalan Presiden Majlis Peguam Malaysia, En. Tony Woon Yeow Thong,
Setiausaha dan En. Rajendran Samuel Devaraj.
Melalui
pertemuan itu dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak
dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
Perbincangan
delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Peguam Malaysia (MPM)
diketuai oleh YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua
Polis Negara.
Erat ..... hubungan erat di antara kedua-dua pemimpin dapat memastikan rakyat akan merasa lebih terbela.
Bergambar kenangan diakhir Kunjungan Hormat
Oleh : SM Megat Nizar
Foto : L/Kpl. Aslam Syir Khan