Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'The Mariners' dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah (1), Pulau Pinang menjuarai Kategori Teknikal dengan mengetengahkan projek bertajuk Peningkatan Kerosakan Bateri 'Lead Acid' Bot Ronda 'Strike Craft'..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/the-mariners-dan-target-juara-kik-pdrm-tahun-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:00 MYT
Ipoh - 25 Jun 2011. Setelah 2 hari berlangsungnya Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Polis Diraja Malaysia Tahun 2011, pada petang ini bertempat di Ballroom Kelab Golf DiRaja Perak, Kumpulan 'The Mariners' dan Kumpulan 'Target' dinobatkan sebagai juara bagi Kategori Teknikal dan juga Kategori Pengurusan.

'The Mariners' dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah (1), Pulau Pinang menjuarai Kategori Teknikal dengan mengetengahkan projek bertajuk Peningkatan Kerosakan Bateri 'Lead Acid' Bot Ronda 'Strike Craft' dan Kumpulan Target dari Briged Utara, Ulu Kinta, Perak pula menjuarai Kategori Pengurusan dengan tajuk projek, Kertas Sasaran Pistol A4R Yang Sedia Ada Tidak Ekonomik.

Juara berjaya membawa pulang trofi, sijil penyertaan, wang kemenangan RM5,000.00 dan RM500 saguhati penyertaan, sementera Naib Juara membawa pulang sijil penyertaan, RM3,000.00 dan RM500 saguhati penyertaan dan tempat Ketiga, sijil penyertaan, RM2,000.00 dan RM500 saguhati penyertaan, dan setiap kumpulan yang bertanding juga menerima RM500 saguhati penyertaan.

Sebanyak 11 kumpulan telah mengambil bahagian di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Polis Diraja Malaysia Tahun 2011. Dengan dua kategori yang dipertandingkan, 7 kumpulan akan bertanding bagi Kategori Pengurusan dan 4 kumpulan bagi Kategori Teknikal dengan 7 kumpulan mewakili 6 kontinjen dan 4 kumpulan mewakili 1 jabatan.

Selain The Mariners dan Target, kumpulan yang mengambil bahagian bagi Ketegori Teknikal ialah Kumpulan G7 dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan yang menduduki tempat Kedua, Kumpulan Roda dari Ibu Pejabat Polis Ipoh (Ketiga) dan Kumpulan Sambar Biru dari Ibu Pejabat Polis Hilir Perak.

Bagi Kategori Teknikal pula, Kumpulan 'F' Transform dari IPD Petaling Jaya (Kedua), Kumpulan Trafik 11 dari Cawangan Trafik Bukit Aman (Ketiga), Kumpulan Rebana dari Kem Komandan IPK Kelantan, Kumpulan Polaris dari IPD Batu Pahat Johor, Kumpulan Camar Mutiara dari IPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan Kumpulan E-Smart dari IPD Putrajaya.

YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada semua kumpulan yang bertanding, bersempena dengan Perasmian Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia di Kelab Golf DiRaja Perak, Ipoh, Perak

Turut hadir dimajlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak, Y.Bhg Tan Sri Lee lam Thye, Naib Pengerusi 1, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan serta tetamu jemputan.

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Johan Kategori Teknikal... The Mariners dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah (1), Pulau Pinang.

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Johan Kategori Pengurusan...Kumpulan Target dari Briged Utara, Ulu Kinta, Perak

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Kumpulan G7 dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Kumpulan Trafik 11 dari Cawangan Trafik, Bukit Aman

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Kumpulan 'F' Transform dari IPD Petaling Jaya, Selangor

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Kumpulan Roda dari Ibu Pejabat Polis Ipoh

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
The Mariners bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Kumpulan Target...


Gambar sekitar berlangsungnya konvensyen di Grand Ballroom, Hotel Ritz Garden

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Cabutan undi...

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Panel Hakim KIK PDRM Tahun 2011

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Kumpulan G7 dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan dengan tajuk projek : Command Vehicle Kurang Efektif dan Tidak Praktikal Semasa Menyuraikan Rusuhan

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
IPD Ipoh dengan tajuk projek: Mengatasi Kekerapan Kerosakan Peralatan Di Dalam Baggage Room Trim (boot)

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Trafik 11 dengan tajuk projek: Proses Pengeluaran Saman Secara Manual Tidak Efisien

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
IPD Batu Pahat dengan tajuk projek : Kesukaran Mengawal Samun Ragut Wanita

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
Tajuk projek: Kertas Sasaran Pistol A4R Yang Sedia Ada Tidak Ekonomik oleh Briged Utara

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
The Mariners dengan tajuk projek : Peningkatan Kerosakan Bateri 'Lead Acid' Bot Ronda 'Strike Craft'

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
IPD Putrajaya dengan projek : Mengurangkan Kadar Jenayah di IPD Putrajaya

The Mariners Dan Target Juara Kik Pdrm Tahun 2011
IPD Seberang Perai Tengah dengan tajuk projek : Lambakan Barang Kes Tidak Berdaftar



Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Penyunting : F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM