Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kapten Speddy Tristam mendapati pasukan polis yang terdiri daripada 40 orang anggota Melayu tidak berkesan. Dia mahukan penubuhan pasukan polis yang lebih mantap. Beliau kemudiannya berhijrah ke Utara..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perasmian-ippd-taiping-bakal-tingkat-keselamatan-rakyat-taiping
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:14 MYT

Perak - 9 Julai 2012

Pasukan Polis Taiping terbentuk sejak 1880-an, yang merupakan sejarah pertama pembentukan pasukan polis terawal di Malaysia. Penubuhan Polis Taiping diketuai oleh Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Ngah Ibrahim, Menteri Larut dengan kekuatan 40 anggota yang terdiri daripada anak-anak Melayu.

Kegagalan Pasukan Polis Taiping mengawal kekacauan Kongsi Gelap Cina ketika itu memaksa Menteri Larut untuk meminta bantuan Kapten Tristam Charles Sawyer Speedy mengawasi pertelingkahan antara Kongsi Gelap Ghee Hin dan Kongsi Gelap Hai San dalam aktiviti perlombongan bijih timah di Larut.

Kapten Speddy Tristam mendapati pasukan polis yang terdiri daripada 40 orang anggota Melayu tidak berkesan. Dia mahukan penubuhan pasukan polis yang lebih mantap. Beliau kemudiannya berhijrah ke Utara India dan merekrud 110 orang Sepoi Sikh dari Punjab untuk menjadi polis, tentera dan pengawal. 

Pasukan ini dilengkapkan oleh Kapten Speedy dengan senjata moden termasuk 4 laras meriam Krupps. Pasukan polis ini kemudiannya menjadi Pasukan Perak Armed Police (PAP 1877 - 1884), First Battalion Perak Sikh (FBPS 1884 - 1896) dan Malay State Guides (MSG 1896 - 1919) yang berpangkalan di Taiping.

"Kini, kompleks Baru Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping ini telah dirancang pembinaannya di bawah Rancangan Malaysia Ke 9, merangkumi sebuah Bangunan Pejabat Pentadbiran setinggi 5 Tingkat dan 318 unit rumah kediaman pelbagai jenis untuk pegawai dan anggota dengan kos sebanyak RM 88.5 juta ringgit di atas tanah seluas 17 ekar, dan mula diduduki sejak 25 Jun 2012 yang lalu", ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di IPD Taiping, Perak, pagi ini.

"Kompleks dengan pelbagai kemudahan moden ini diharapkan dapat membantu pegawai, anggota dan pegawai awam melaksanakan tugas dengan lebih efektif, di samping dapat meningkatkan lagi imej pasukan pada pandangan masyarakat", tambah YDH Ketua Polis Negara lagi.

Dengan kekuatan keanggotaan 49 orang pegawai kanan, 616 orang anggota lain-lain pangkat dan 105 orang pegawai awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping mentabdir 9 buah meliputi Balai Polis, iaitu Balai Polis Taiping, Balai Polis Kamunting, Balai Polis Aulong, Pokok Assam, Simpang, Kuala Sepetang, Changkat Jering, Trong dan Padang Gajah. 

Berbekalkan latihan asas pembangunan jati diri yang tinggi dan pendedahan undang-undang asas di Pusat Latihan Polis, kesemua warga PDRM di balai-balai ini adalah komited untuk menguatkuasakan undang-undang, membenteras jenayah dan memastikan bahawa rakyat serta keselamatan daerah Taiping ini terus terjamin, dan ketenteraman awam terus terkawal.

Berangkat mencemar duli Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun

Turut berangkat tiba Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Bin Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Noor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah, YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Y.Bhg Datin Seri Diraja Sharifah binti Zulkifli, dan YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Hadir sama adalah Y.Bhg Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Y.Bhg Orang-Orang Besar Jajahan Negeri Perak, Y.Bhg Ahli-Ahli Dewan Negara Perak, YB Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak dan Ahli-ahli Parlimen, YDH CP Dato' Wira Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, Yang Dihormati Dato' Seri-Dato' Seri dan Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan Yang Berbahagia Datin Seri-Datin Seri dan Datin-Datin, YDH DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri Bin Dahlan, Ketua Polis Perak dan Yang Berbahagia Datin Umminajah Binti Salleh, YDH ACP Yusof bin Mohd Diah, Ketua Polis Daerah Taiping, Y.Bhg Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ketua-Ketua Polis Daerah dan Wakil-Wakil Media.

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Antara ketibaan Dif-Dif jemputan

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
YDH CP Dato' Wira Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA bersalaman dengan Dif-Dif Kehormat

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Panji-Panji Utama Pasukan Simpanan Persekutuan diarak masuk

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara diiringi oleh YDH DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri Bin Dahlan, Ketua Polis Perak

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
YDH Ketua Polis Negara memberikan tabik kepada Hormat Panglima daripada Kawalan Kehormatan

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
YDH Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
YDH Ketua Polis Negara bersalaman dengan Dif-Dif Kehormat

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Bergambar dengan Dif-Dif Kehormat

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan menandatangani Buku Pelawat

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Keberangkatan tiba Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Bin Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Noor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Antara ahli-ahli PERKEP yang hadir

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Antara yang hadir

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah memberikan tabik hormat kepada Hormat Diraja daripada Kawalan Kehormatan

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Persembahan Kumpulan Pancaragam PDRM

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Persembahan ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Persembahan ucapan oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan limpah perkenan menyempurnakan titah perasmian dan pelancaran gimik perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Persembahan pentomen..

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Penyampaian Mock Key van pelbagai guna daripada Kerajaan Negeri Perak kepada PDRM

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Persembahan Cenderahati Kenangan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan daripada YDH Ketua Polis Negara

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Persembahan Cenderahati Kenangan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun daripada Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati bt. Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Mencemar Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memotong reben laluan masuk Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Mencemar Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan melawat pameran evolusi Balai Polis Daerah Taiping

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Mencemar Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah menandatangani Buku Pelawat

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Mencemar Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun menandatangani Buku Pelawat

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Mencemar Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Bin Raja Muda Musa menandatangani Buku Pelawat

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Mencemar Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Noor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah

Perasmian Ippd Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Bergambar Kenangan..

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo & Konst. Iqbal
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM