Kuala Lumpur, 8 Julai -
Satu acara golf persahabatan telah diadakan pada hari ini sempena
meraikan persaraan Y.Bhg Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan, Mantan
Ketua Setiausaha Negara di Kelab Golf Titiwangsa PDRM Kuala Lumpur,
melibatkan YDH Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua
Polis Negeri dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
"Melalui
aktiviti yang kita adakan pada pagi ini, selain daripada riadah yang
kita lakukan untuk menyihatkan badan, saya berharap kita telah dapat
mengambil peluang untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan menambah
pengetahuan, terutamanya daripada Tan Sri Mohd. Sidek sendiri seterusnya
boleh digunakan untuk melaksanakan sebarang tugas dan amanah yang
dipertanggungjawabkan dengan enthusiastic, bertenaga dan penuh berdisiplin," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya.
Mengimbas
kembali objektif program pada hari ini, Y.Bhg Tan Sri Mohd. Sidek bin
Haji Hassan merupakan tokoh yang banyak memberikan perkhidmatan yang
terbaik dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan perubahan bagi
mengukuhkan prestasi dan budaya penyampaian awam yang cemerlang.
Kejayaan beliau yang paling besar dan berkait langsung dengan PDRM adalah kejayaan transformasi kerajaan melalui 'National Blue Ocean Strategy' (NBOS)
yang merupakan satu pendekatan di mana membabitkan pemikiran dengan
mengaplikasikan secara kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian.
Hasilnya,
di bawah urus-tadbir beliau, NBOS telah menyaksikan penurunan kadar
jenayah di negara ini berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
Selamat bersara kepada Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan daripada kami warga PDRM!!

(Dari
kiri).. YDH CP Datuk Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA, YDH
Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri
Mohd. Sidek bin Haji Hassan, Mantan Ketua Setiausaha Negara dan YDH CP
Dato' Wira Syed Ismail b. Syed Azizan, Pengarah JSJK.

(Dari
kiri)... YDH SAC Dato' Ramli bin Din, Penolong Ketua Urus Setia Ketua
Polis Negara, YDH DCP Dato' Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis
Diraja Malaysia, YDH CP Dato’ Mohamad Fuzi bin Harun [Pengarah Pasukan
Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) dan YDH SAC Dato' Thaiveegan
a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor..

Sekitar program...

Sekitar program...

Antara aksi-aksi yang dipamerkan...

Aksi YDH Ketua Polis Negara...

Aksi YDH Ketua Polis Negara...

Aksi Y.Bhg Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan...

Antara aksi-aksi yang dipamerkan...

Antara aksi-aksi yang dipamerkan...

Antara aksi-aksi yang dipamerkan...

Sekitar jamuan makan..

Persembahan kombo mengiringi jamuan...

Antara yang hadir...

Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara...

Ucapan daripada Y.Bhg Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan...

Penyerahan gambar kenangan...

sesi penyampaian cenderahati...

sesi penyerahan cenderahati...



Y.Bhg Tan Sri Mohd. Sidek bin Haji Hassan berlepas pulang...

Sesi bergambar kenangan....
Jurufoto: L/Kpl Raymond Martin
Wartawan: L/Kpl Irfan Bujang
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Pdrm Raikan Persaraan Mantan Ksn
Kejayaan beliau yang paling besar dan berkait langsung dengan PDRM adalah kejayaan transformasi kerajaan melalui 'National Blue Ocean Strategy' (NBOS) yang merupakan satu pendekatan di mana membabitka..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-raikan-persaraan-mantan-ksn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.