Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Perasmian IPPD Taiping Bakal Tingkat Keselamatan Rakyat Taiping
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-pertukaran-personel-pdrm-polri-tahun-2012
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:17 MYT

Program Pertukaran Personel PDRM-POLRI Tahun 2012

Sepang - 9 Julai 2012. Seramai 12 orang pegawai Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) termasuk 4 pegawai wanita telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 12.45 tengahari tadi dengan pesawat MH712.

Delegasi POLRI telah diketuai oleh KOMBES POL Drs. Danu Siswoyo, KASUBDIT IV DITTIPIDNARKOBA BARESKRIM POLRI.

Ketibaan delegasi POLRI telah disambut oleh ACP Lim Leong Hock, ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran) dan SUPT. Rohila Kamarulzaman, Supt Perhubungan Antarabangsa.

Turut hadir menyambut ketibaan delegasi POLRI, Insp Khairil Azuad bin Abd Aziz, Insp Perhubungan Antarabangsa 1 dan Insp Norimy Mohamad Nor, Insp Perhubungan Antarabangsa 2.

Sempena Program Pertukaran Personel PDRM-POLRI Tahun 2012, delegasi POLRI akan berada selama 12 hari, sehingga 20 Julai 2012 dan beberapa program telah diaturkan di sekitar Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur, Kontinjen Pulau Pinang dan Kontinjen Perak.

Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012
Ketibaan delegasi POLRI disambut oleh ACP Lim Leong Hock, ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran)

Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012
Insp Norimy Mohamad Nor, Insp Perhubungan Antarabangsa 2 juga turut menyambut delegasi POLRI

Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012
Antara delegasi POLRI

Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012
ACP Lim Leong Hock, ACP Urus Setia KPN bersama KOMBES POL Drs. Danu Siswoyo, KASUBDIT IV DITTIPIDNARKOBA BARESKRIM POLRI.

Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012
Insp Khairil Azuad bin Abd Aziz, Insp Perhubungan Antarabangsa 1 menguruskan pasport delegasi POLRI

Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012
Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012
Menguruskan bagasi..

Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012
Program Pertukaran Personel Pdrm Polri Tahun 2012
Cenderahati kepada delegasi POLRi setibanya di Mes Pegawai PULAPOL Kuala Lumpur


Wartawan & Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM