Artikel
Peranan Polis Wanita Tetap Relevan Dan Amat Diperlukan Dalam Pdrm
Majlis Penutup Kursus Pementoran Polis Wanita PDRM Siri 4/2010 telah berlangsung di Maktab PDRM. Seramai 506 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan an...
Cheras - 10 Disember 2010.
"Program Pementoran Polis Wanita merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Menti, selari dengan aAahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005, iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam", kata YDH DCP Dato' Zubaidah bt. Md. Ismail, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Polis Wanita ,semasa memulakan ucapan aluannya di Majlis Penutup Kursus Pementoran Polis Wanita PDRM Siri 4/2010, di Dewan Sultan Azlan Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.
Program pementoran ini bertujuan untuk membantu pegawai-pegawai baru (Menti) mengukuhkan kompetensi-kompetensi yang diperlukan untuk menjadi seorang pegawai yang berdaya saing dan berkualiti tinggi. Program pementoran bukan saja menyeluruh dalam elemen psikologi dan kemanusiaan malahan menggalakkan amalan pembelajaran berterusan kalangan Menti. Selain itu, program ini adalah bagi memupuk sikap yang positif, minda yang kreatif, membantu dan memberi tunjuk ajar khususnya kepada pegawai-pegawai dan anggota yang baru dilantik supaya serasi dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru dalam PDRM.
Sungguhpun Polis Wanita hanya merupakan 10.8% (11,479 orang) daripada jumlah pegawai polis seramai 106,530 orang, tidak dapat dinafikan bahawa dalam beberapa bidang tugas Polis, didapati Polis Wanita lebih mahir dan sesuai melakukan tugas yang diamanahkan. Polis Wanita bukan sahaja mempamerkan kualiti kerja yang amat cemerlang, malah berupaya menjana prestasi perkhidmatan yang terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan mereka kepada rakyat.
"Semoga program ini dapat membantu polis wanita mengenal pasti dan menilai potensi diri yang unik dari aspek hubungan interpersonal, pemikiran, etika, patriotik dan juga kepimpinan", akhiri ucapan oleh YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md Ismail.
Sehingga kini, seramai 506 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Wanita dari setiap kontinjen telah menghadiri kursus ini dan pada pagi ini, kursus yang bermula pada 8 Disember 2010 telah ditutup dengan rasminya oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA.
Turut hadir dimajlis penutupan kursus ini ialah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran), Y.Bhg Dr. Ruziati Meor binti Ahmad Ariffin, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan dan para perserta kursus.
"Saya berharap semua peserta kursus akan dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kepakaran pementoran dengan acuan minda yang betul dan baik bagi menentukan pendekatan untuk mencapai objektif pementoran ini dengan lebih efektif lagi".
"Carilah takrif dan intipati strategi 4P yang dilancarkan oleh YDH Ketua Polis Negara. Semuanya adalah perkataan-perkataan biasa, yang benar-benar menghayati maksud yang tersirat sahaja yang akan memahaminya" antara ucapan penutupan oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar.
"Saya berharap, Kursus Pementoran Polis Wanita ini akan dapat mencapai objektif dalam membentuk Polis Wanita yang progresif, dinamik dan responsif bagi menggerakkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan masyarakat di samping memperkukuhkan semangat setia kawan dan kerjasama padu dikalangan Polis Wanita melalui perkongsian pengalaman, pendapat dan pengetahuan" akhiri ucapan oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar.

dari kanan...YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar dan YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md. Ismail

Bacaan Doa Selamat, semoga majlis pada pagi ini diberkati...

Antara Pegawai-pegawai Kanan yang hadir

Antara peserta-peserta kursus
Juruacara majlis...Insp Hartini binti Abdul Wahab dari Jabatan Siasatan Jenayah

Ucapan aluan oleh YDH DCP Dato' Zubaidah bt. Md. Ismail, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Polis Wanita

Ucapan penutupan Kursus Pementoran Polis Wanita Siri 4/2010 oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar

Penyampaian cenderahati kepada YDH CP Dato' Khalid

Peserta-peserta kursus dari Kontinjen Kedah

Kontinjen Selangor

Kontinjen Perak

Kontinjen Perlis

Kontinjen Pulau Pinang
Jurufoto : Sjn Zaiddin Dahalan
L/Kpl Edwin Indo
Wartawan : Insp Haslina Mohd Nor
Penyunting : F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan