Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Ampang Jaya, 6 Disember, 2010- Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 telah diadakan pada 6 hb Disember, 2010 jam 1901 hrs bertempat di Surau Al-Azmi, IPD Ampang Jaya, Selangor. Sebelum laungan azan maghrib berkumandang, bacaan akhir tahun dipimpin oleh Ustaz Abdul Aziz (Baka) dan bacaan awal tahun selepas laungan azan maghrib.
Turut hadir YDH Supt. Amiruddin b. Jamaluddin, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, APR, kakitangan awam dan penduduk sekitar Ampang Jaya.

Bacaan Doa Akhir tahun dan bacaan awal tahun sempena awal muharram 1432H..

Ybhg. S. Fadhilah Ustaz Yusri b. Che Md. Jusoh@Ariffin, Jurulatih Dakwah Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pelajaran Selangor dengan membawa tajuk 'Iman dan Akhlak Teras Budaya Kerja Cemerlang' dari Perspektif Kepolisan.
