Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm

Published: 12 Jun 2014 1.10 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai awam yang berkhidmat di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, kerana telah memberikan kerjasama dan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peranan-pegawai-awam-dalam-merealisasikan-visi-dan-misi-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:27 MYT

Cheras, 16 Mei 2012 - "Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai awam yang berkhidmat di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, kerana telah memberikan kerjasama dan komitmen berterusan yang padu dan jitu, sehingga jentera pentadbiran PDRM berjalan dengan lancar dan sempurna" ucapan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, sempena Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Bersama Ketua Polis Negara di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

PDRM sentiasa menghargai peranan pegawai awam yang membantu tugas pentadbiran kepolisan, sekali gus menjayakan visi dan misi Pasukan. PDRM sendiri sedang mengambil langkah untuk meningkatkan kemampuan pekerja seperti memastikan mereka lebih celik tadbir serta memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat (IT). Kita juga memperkasakan modal insan dan bekerjasama rapat dengan CEUPACS.

Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia atau singkatannya PACSU, merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak dan kepentingan serta tuntutan gaji dan elaun pegawai awam yang bertugas dalam pasukan PDRM. Pada masa yang sama, kesatuan ini turut membantu menyelesaikan masalah, kebajikan, serta kefahaman terhadap arahan dan peraturan termasuk menyerapkan budaya polis ke dalam diri setiap peringkat pegawai awam di Jabatan Polis Diraja Malaysia.

Pegawai awam adalah penggerak utama dalam menjamin imej pentadbiran kepolisan. Pegawai awam adalah aset penting kepada PDRM. Oleh yang demikian, setiap Pegawai awam mestilah menganggap bahawa berkhidmat ...dalam PDRM adalah satu keistimewaan. Melalui CEUPACS, semua Kesatuan Sekerja sektor awam digalakkan menyertai badan ini tanpa mengira jawatan atau gred perkhidmatan mereka. CEUPACS kemudiannya didaftarkan di bawah Enakmen Kesatuan Sekerja pada 23 Oktober 1957, selepas beberapa bulan negara mencapai kemerdekaan. Pada hari ini, terdapat empat ratus ribu ahli CEUPACS, dan seramai 6,541 merupakan ahli PACSU. Begitulah sejarah ringkas kesatuan yang bernaung di bawahnya.

“Peranan Pegawai Awam dalam merealisasikan visi dan misi PDRM” merupakan tema yang dipilih untuk majlis perhimpunan bagi tahun ini. Moto ini amatlah bersesuaian dengan hasrat PDRM untuk melahirkan tenaga kerja yang cemerlang dari segi kebolehan, kemahiran dan sikap untuk menghadapi dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar. Justeru, ini adalah selaras dengan tema Peringatan Hari Polis ke-205 iaitu “Komuniti Sejahtera Komitmen Kami”.

Turut hadir, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi / Counter Terrorism) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM Tahun 2012, YDH Dato'-dato' Pengarah PDRM, Yang Berbahagia Dato’ Haji Omar bin Osman, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Yang Berbahagia Encik Abd. Rahim bin Jantan, Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU), wakil-wakil pegawai awam dan wakil-wakil media.

Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Ketibaan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
YDH Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat.  
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Y. Bhg. Dato' Omar bin Osman, Presiden CUEPACS menandatangani Buku Pelawat.
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Y. Bhg. En. Abd. Rahim bin Jantan, Presiden PACSU menandatangani Buku Pelawat.
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Barisan Kepimpinan.
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Baaan Ikrar Perkhidmatan Awam.
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Ucapan Presiden PACSU.
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Ucapan Presiden CUEPACS.
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Ucapan YDH Ketua Polis Negara.
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Antara Penerima Surat Penghargaan.
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm

Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Peranan Pegawai Awam Dalam Merealisasikan Visi Dan Misi Pdrm
Sesi bergambar.

Wartawan & Jurugambar : KPL Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor

ArticlePublished 12 Jun 2014 1.10 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM