Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar berkata, perlunya kerjasama dari masyarakat untuk menyalurkan maklumat dalam usaha PDRM memerangi jenayah di negeri ini. Berucap semasa ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kami-sokong-polis-community-policing-selangor-dan-pertubuhan-badan-ngo-puchong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:56 MYT
Puchong - 14 Mei 2012

Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar berkata, perlunya kerjasama dari masyarakat untuk menyalurkan maklumat dalam usaha PDRM memerangi jenayah di negeri ini.

Berucap semasa Program 'Community Policing' Selangor dan Pertubuhan badan NGO Puchong yang telah berlansung di Patin Place, Puchong Utama Selangor, beliau menjelaskan objektif ini tidak akan tercapai jika masyarakat bergantung kepada PDRM sahaja.

Beliau turut menegaskan program seperti ini perlu dikekalkan ke seluruh negara dan kolaborasi dengan badan-badan bukan kerajaan, kesatuan-kesatuan dan ketua-ketua masyarakat, perlulah diteruskan dalam pembentukan Negeri Selangor sebagai negeri selamat dan kondusif, sesuai dengan statusnya yang mengalami transformasi pembangunan.

Program 'Community Policing' ini juga akan mewujudkan kelestarian suasana aman, selamat dan kondusif di Negeri Selangor melalui semangat pembangunan komuniti oleh komuniti, iaitu pelan tindakan pencegahan jenayah digerak dan diterajui oleh anggota masyarakat itu sendiri.

Program 'Community Policing' ini akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dan mengukuhkan pemahaman di atas konsep, kaedah dan peranan yang boleh dimainkan atas tema 'Bersama Memerangi Jenayah' dalam mewujudkan persekitaran yang selamat.

Penglibatan polis dalam aktiviti kemasyarakatan serta penyertaan masyarakat dalam program kesedaran dan pencegahan jenayah akan dipertingkatkan bagi mewujudkan perhubungan erat antara dua belah pihak.

Semasa berlansungnya acara petang tadi Persatuan Community Policing Selangor dan Pertubuhan NGO Puchong telah menyerahkan tandatangan beramai-ramai yang tertulis pada kain rentang banner 'kami Sokong Polis' kepada YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Pada masa yang sama juga YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota dan pegawai polis, ahli masyarakat serta ahli Community Policing yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang semasa menjalankan tugas.

Turut hadir di majlis tersebut, YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH ACP Yahya bin Ramli, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, YDH Superintenden Abd Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang, Dato'-Dato', Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk dan serta Ahli-ahli NGO.

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara ...

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara beramah mesra dengan tetamu yang hadir...

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Antara tetamu yang hadir...

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Menandatangani placards "kami sokong polis" berramai-ramai...

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Ketika sesi berlangsung...

Antara acara yang diadakan....

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Penyerahan placards "kami sokon polis" yang telah ditandatangan beramai-ramai kepada YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara...
 
Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Penyampaian sijil penghargaan kepada mereka yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang...

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Para penerima sijil penghargaan bergambar kenangan bersama YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara...

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Bergambar kenangan...

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Ketika sidang media...

Kami Sokong Polis Community Policing Selangor Dan Pertubuhan Badan Ngo Puchong
Antara mereka yang turut hadir...

Wartawan/jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM