Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Maklumat Orang Ramai Bawa Kejayaan Kepada Rampasan 139 1kg Syabu

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan bantuan orang ramai yang telah menyalurkan maklumat penting bagi membantu pihak polis melumpuhkan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah kali ini..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/maklumat-orang-ramai-bawa-kejayaan-kepada-rampasan-139-1kg-syabu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:13 MYT

Bukit Aman, 21 Nov - "Setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan bantuan orang ramai yang telah menyalurkan maklumat penting bagi membantu pihak polis melumpuhkan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah kali ini," ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, hari ini.


Dalam sidang media yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman hari ini, beliau turut menyatakan kejayaan terbaru JSJN ini ini telah dapat menyekat sejumlah besar bekalan syabu sebelum diedarkan ke pasaran tempatan untuk disalahguna.


Dalam dua siri kejayaan pada 11 November dan 19 November yang lalu, sejumlah 139.1kg dadah jenis syabu telah berjaya dirampas dalam dua lokasi berasingan sekitar Lembah Klang dan membawa kepada penangkapan seramai 8 warga Iran berumur antara 29 hingga 51 tahun yang dipercayai dalang kepada sindiket-sindiket tersebut.


Modus operandi sindiket tersebut kali ini juga berbeza daripada kes-kes sebelumnya di mana dalam siri kejayaan yang pertama di kampun Pandan, Kuala Lumpur, 2 suspek warga Iran telah menyeludup sejumlah 14.2kg syabu melalui Pelabuhan Klang dengan menggunakan kontena berisi palet batu marmar dan dadah tersebut telah disorokkan di celah-celah kepingan batu marmar tersebut.


Dalam operasi berikutnya, kejayaan tangkapan 6 warga Iran turut membawa kepada penemuan 124.9kg syabu di Taman D'Alpinia, Puchong yang disorokkan dalam ruangan sulit bahagian luar lantai beberapa peti kayu papan lapis yang berisi meja hiasan, lampu perhiasan, pasu bunga, bingkai cermin serta lain-lain barangan.


JSJN juga turut menyita wang tunai berjumlah RM 137,400 untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 Akta 340 selain beberapa kenderaan mewah seperti Lexus, Mercedes Benz, BMW dan MG Rover.


Kesemua 8 warga Iran ini telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.


Turut hadir pada hari ini, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.


Maklumat Orang Ramai Bawa Kejayaan Kepada Rampasan 139 1kg Syabu
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN bersama ASP CF Kok, Pegawai Penyiasat Operasi menunjukkan dadah yang telah berjaya dirampas hasil daripada maklumat orang ramai.


Maklumat Orang Ramai Bawa Kejayaan Kepada Rampasan 139 1kg Syabu
YDH Pengarah JSJN menunjukkan cara pengedar dadah menyorokkan dadah di dalam kotak kayu.

Maklumat Orang Ramai Bawa Kejayaan Kepada Rampasan 139 1kg Syabu
Antara hasil dari rampasan.

Wartawan : L/Kpl Irfan Bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Shareel Bin Shahriman
Penyunting : Sjn Zaiddin Bin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM