Kejohanan Menembak Piala Ketua Polis Selangor
Kuala Kubu Bharu - 29 Jun 2010. Kejohanan Menembak Piala Ketua Polis Selangor, anjuran Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor telah berlangsung di Lapang Sasar, Kuala Kubu Bharu pada pagi ini.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor.
Turut hadir ialah YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor, Supt. Norel Azmi bin Yahya Affandi, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota serta ahli-ahli PERKEP.
Kejohanan ini bukan saja menjadi pertandingan pasukan untuk merebut kejuaraan tetapi ia merupakan satu perantaraan yang menemukan semua lapisan pegawai dan anggota dari seluruh daerah Kontinjen Selangor untuk berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang telah sedia terjalin.
Selain itu ia dapat mencungkil dan melahirkan bakat-bakat penembak yang berwibawa bagi mewakili Kontinjen Selangor khasnya bagi menghadapi Kejohanan Menembak Piala KPN yang akan diadakan nanti.
Sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian yang terbahagi kepada 2 acara iaitu Centre Fire Individu/Berpasukan dan Falling Plate Berpasukan. Selain itu, acara bagi pertandingan VIP dan juga PERKEP juga turut diadakan.
Meskipun bukan pasukan pilihan, peserta menembak dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam yang diketuai oleh C/Insp Zuraime bin Zakaria telah berjaya menewaskan pasukan IPD lain untuk merangkul Johan Keseluruhan Menembak Piala Ketua Polis Selangor.
Johan bagi acara Berpasukan 'Centre Fire' ialah IPD Sabak Bernam dengan markah keseluruhan ialah 336, Naib Johan IPD Kuala Selangor (328) dan Ketiga ialah IPD Hulu Selangor (327).
IPD Sabak Bernam berjaya menduduki Naib Johan perseorangan dalam acara 'Centre Fire' menerusi bidikan oleh Kpl Saiful Azhar bin Zainal Abidin dan Johan acara Individu 'Centre Fire' ialah Konst Norzaharuddin bin Hashim dari IPD Subang Jaya, tempat Ketiga ialah Kpl Nor Ariffin bin Tahrin dari IPD Klang.
Johan Acara Falling Plate Berpasukan ialah IPK Selangor, Naib Johan IPD Ampang Jaya dan IPD Kuala Langat tempat Ketiga.
Bagi acara Centre Fire VIP, DSP Baharudin dari IPD Sepang telah menjadi Johan, Naib Johan YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar dan Ketiga, ACP Nor Azam dari IPD Shah Alam. Johan acara Centre Fire PERKEP ialah SI Azizah binti Omar, Naib Johan, Puan Shahar Fadzilah bt Mohamad Daur dan Ketiga, Y.Bhg Datin Imran bt Ibrahim.

Naib Johan Acara Falling Plate Berpasukan, IPD Ampang Jaya dengan masa 34.95

YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor dalam acara Individu 'Centre Fire' VIP

Y.Bhg Datin Imran bt Ibrahim, Pengerusi PERKEP Selangor

Puan Shahar Fadzilah bt Mohamad Daur , Pengerusi PERKEP IPD Kajang mahir menggunakan senjatapi Smith & Wesson .38

Pasukan Ketua Polis Selangor, Naib Johan acara Falling Plate Berpasukan

YDH Ketua Polis Selangor menyampaikan hadiah kemenangan kepada isteri, Y.Bhg Datin Imran bt Ibrahim

Pasukan Timbalan Ketua Polis Selangor yang diketuai oleh YDH SAC Dato' A. Thaiveegan menjadi Johan dalam acara Falling Plate Berpasukan

Hadiah misteri kepada penembak dari IPD Kuala Selangor..

Superintenden Norel Azmi bin Yahya Affandi, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor menyampaikan cenderahati kepada YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor

Penyampaian cenderahati kepada YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor

Johan Keseluruhan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam

Pasukan dari IPK Selangor, Johan Acara Falling Plate Berpasukan dan SI Azizah bt Omar pula merangkul Johan acara Centre Fire PERKEP

IPD Kuala Selangor, Naib Johan 'Centre Fire' Berpasukan

Pasukan penembak dari IPD Hulu Selangor, tempat Ketiga dalam acara 'Centre Fire' Berpasukan.