Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penyamun Gagal Tarik Mesin Atm Guna Lori

Published: 18 Jun 2014 2.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Kuala Lumpur, 13 Okt - Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas usaha melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh awal hari ini dibantutkan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyamun-gagal-tarik-mesin-atm-guna-lori
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 04:04 MYT

Kuala Lumpur, 13 Okt - Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas usaha melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh awal hari ini dibantutkan oleh bunyi alat penggera.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, empat lelaki penjenayah terbabit cuba menarik mesin ATM itu dengan sebuah lori.

Mereka merempuh bangunan stesen minyak itu dengan lori sebelum tiga daripada mereka yang bertopeng ski, bersarung tangan dan berjaket hitam serta bersenjatakan parang mengikat mesin ATM berkenaan pada lori tersebut.

Suspek kemudian cuba menarik mesin itu namun hanya sampai setakat pintu hadapan sebelum alat penggera berbunyi menyebabkan mereka melarikan diri dengan lori tersebut, katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya suspek juga sebelum itu menyamun dua pekerja di stesen minyak berkenaan serta melarikan hasil jualan berjumlah RM1,500. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM