Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid

Published: 11 Jun 2014 2.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berikutan 4 kes jenayah yang telah dilaporkan di IPD Serdang sejak penubuhannya iaitu; 2 kes pecah cermin kereta, 1 kes melibatkan curi duit tabung masjid manakala terbaru adalah kes curi beg sandang ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penugasan-konsep-payung-fasa-ii-di-masjid
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:44 MYT
Selangor - 8 April 2011

Berikutan kejadian 4 kes jenayah yang berlaku di Masjid Al-Ikhsan Bandar Kinrara 5, Puchong, Selangor telah dilaporkan  di IPD Serdang, satu inisiatif baru telah diambil dengan memperkenalkan penugasan 'Konsep Payung Fasa Dua'. Konsep Payung Fasa Dua telah dirasmikan oleh YDH Supt. Abd. Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang  di perkarangan Masjid Al-Ikhsan Bandar Kinrara 5, Puchong. Turut hadir sama petang ini adalah DSP Lam Chien Fei, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang,  C/insp Lokman bin Ahdmad, Ketua Polis Balai Puchong, anggota polis, rakan media dan para jemaah.

Empat kes yang dilaporkan baru-baru ini adalah 2 kes melibatkan pecah cermin kenderaan, 1 kes kecurian tabung Masjid Al-Ikhsan Bandar Kinrara 5 dan terbaru 1 kes kecurian beg sandang salah seorang jemaah ketika sedang menunaikan sembahyang Asar. Daripada kes yang diterima, inisiatif penugasan payung oleh IPD Serdang dilancarkan untuk membuat kawalan keselamatan harta benda para jemaah. Dengan itu, para jemaah dapat menunaikan ibadat dengan tenang.

'Perlaksanaan penugasan Konsep Payung Fasa Dua adalah dengan menempatkan beberapa orang anggota polis bukan beragama Islam serta beberapa anggota polis wanita di bawah payung bermula jam 12.00 tengahari hingga jam 3.00 petang.  Di samping itu juga, perlaksanaan 'Konsep Payung' adalah bagi merealisasikan konsep 4P; Pelindung (Protective) kepada nyawa dan harta benda seluruh masyarakat Malaysia. Bermatlamat untuk menjaga keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan orang ramai', antara isi dalam taklimat kepada sidang Jumaat yang hadir oleh YDH Ketua Polis Daerah Serdang.

'Hampir seluruh jemaah dalam sidang jumaat hari ini amat berpuas hati dengan kehadiran polis yang menjalankan tugas payung', ujar YDH Supt. Abd. Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang kepada rakan media yang hadir. Beliau seterusnya menunaikan sembahyang jumaat bersama jemaah yang lain.


Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid

Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid
Pelancaran Konsep Payung Fasa Dua oleh YDH Ketua Polis Daerah Serdang disaksikan oleh Tok Imam dan Tok Bilal Masjid tersebut.

YDH Ketua Polis Daerah Serdang membuat taklimat kepada sidang Jumaat yang hadir
Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid

Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid

Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid
Antara jemaat yang hadir

Anggota polis wanita yang sedang melakukan rondaan di kawasan Masjid Al-Ikhsan Bandar Kinrara 5
Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid

Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid

Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid

Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid

Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid

Penugasan Konsep Payung Fasa Ii Di Masjid

Sumber artikel/gambar : Cawangan Hal Ehwal Awam IPD Serdang
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM