Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jsj Tumpaskan Sindiket Curi Dan Jual Komponen Kenderaan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Ini adalah kejayaan terbesar Polis setakat tahun 2011 ini', kata YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM dalam sidang media di Bukit Aman pagi ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jsj-tumpaskan-sindiket-curi-dan-jual-komponen-kenderaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:30 MYT

Bukit Aman - 11 April 2011


"Ini adalah kejayaan terbesar Polis setakat tahun 2011 ini", kata YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM dalam sidang media di Bukit Aman pagi ini.

Pihak polis telah berjaya membongkar satu sindiket curi dan menjual komponen kenderaan yang telah beroperasi di sekitar Lembah Klang sejak tahun 2009.

Menurut beliau, kejayaan tersebut adalah hasil risikan dan maklumat yang diterima, satu pasukan polis dari JSJ IPK Selangor telah melancarkan satu operasi besar-besaran di Batu Berendam dan Durian Tunggal, Melaka pada 8 april lalu.

Hasil dari operasi tersebut, polis telah menjumpai tiga stor yang merupakan tempat melerai kenderaan yang telah dicuri di sebuah rumah.

Polis juga telah menahan dua orang lelaki cina berumur dalam lingkungan 30an dan merampas enam buah kereta dan sebuah lori.

Polis juga telah membuat satu lagi operasi susulan di lima bengkel yang terletak di Skudai, Johor dan telah menahan empat orang lelaki berumur dalam lingkungan 30an pada 9 April lalu.

Hasil daripada dua operasi ini, polis telah berjaya menahan enam orang suspek dan merampas 1,603 alat-alat ganti kereta termasuk enjin bernilai RM 5 juta.

"Modus Operandi sindiket ini ialah mencuri kenderaan yang baru diletakkan dan ditinggal oleh pemandu dan sindiket ini percaya pemandu tidak akan balik dalam masa terdekat. Sasaran kenderaan pula ialah kenderaan yang popular digunakan seperti Proton Waja, Proton Wira dan lori jenis Hicom" kata beliau lagi.

Polis masih menyiasat kes berkenaan dan percaya akan dapat menyelesaikan lebih banyak kes ekoran dari tertangkapnya ahli sindiket berkenaan.

Perkembangan Siasatan Video Seks

Di dalam sidang media yang sama, YDH Dato' Acryl Sani, Timbalan Pengarah I JSJ PDRM juga menyentuh mengenai perkembangan siasatan kes video seks yang membabitkan seorang ahli politik, polis telah berbincang dengan pihak Jabatan Peguam Negara dan beberapa perkara kecil yang perlu dikemaskini bagi melengkapkan lagi siasatan ini.

"Setakat ini pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM masih lagi menyiasat bagaimana dan mengesan siapa yang menyebarkan video tersebut di internet" kata beliau.

Polis juga sedang menyiasat dan mengesan identiti wanita di dalam video tersebut.


Jsj Tumpaskan Sindiket Curi Dan Jual Komponen Kenderaan
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM dalam sidang media di Bukit Aman pagi ini.

Jsj Tumpaskan Sindiket Curi Dan Jual Komponen Kenderaan
YDH Dato' Acryl Sani, Timbalan Pengarah I JSJ PDRM juga menyentuh mengenai perkembangan siasatan kes video seks yang membabitkan seorang ahli politik.

Jsj Tumpaskan Sindiket Curi Dan Jual Komponen Kenderaan
Antara wakil media yang hadir.

Wartawan   : L/Kpl Shareel
Jurufoto     : Konst Raymond
Penyunting : C/Insp Norsuzila

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM