Kejuaraan Menembak Dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011
Kuantan , 10 April 2011 - Kejohanan Menembak dan Karate Piala Ketua Polis Negara 2011 telah berakhir pada hari ini dengan menyaksikan Kontinjen Kuala Lumpur muncul sebagai juara keseluruhan dalam kategori menembak dan Kontinjen Pulapol Kuala Lumpur sebagai johan kategori karate.
Kejohanan yang berlangsung sejak 7 April lalu adalah penyertaan daripada 18 kontinjen serta Briged dan Pusat Latihan Polis dari seluruh negara di mana Kontinjen Briged Tenggara telah dilantik menjadi pengelola rasmi kejohanan pada kali ini.
Kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian adalah daripada Bukit Aman, PULAPOL Kuala Lumpur, PULAPOL Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Briged Utara, Briged Tenggara dan Briged Tengah.
Kategori menembak menyaksikan Kontinjen Kuala Lumpur memenangi johan keseluruhan diikuti kontinjen Perak dan kontinjen Briged Tengah bagi naib johan keseluruhan dan ketiga keseluruhan.
Kategori pertandingan menembak merangkumi acara Tembak Centre Fire Revolver (Jarak 25 meter), Tembak Centre Fire Pistol (jarak 25 meter), Tembak HK MP5 (jarak 30 meter) dan Tembak Jatuh Piring Besi (jarak 20 meter).
Markah Keseluruhan Kejohanan Menembak Piala KPN 2011 Kategori Centre Fire Revolver:
| Keputusan | Kontinjen | Markah Keseluruhan |
| Johan | Kuala Lumpur | 934 |
| Naib Johan | Briged Utara | 880 |
| Ketiga | Perak | 877 |
Markah Keseluruhan Kejohanan Menembak Piala KPN 2011 Kategori Centre Fire Pistol:
| Keputusan | Kontinjen | Markah Keseluruhan |
| Johan | Kelantan | 854 |
| Naib Johan | Perak | 837 (Kelebihan Bull) |
| Ketiga | Briged Tenggara | 837 |
Markah Keseluruhan Kejohanan Menembak Piala KPN 2011 Kategori HK MP5:
| Keputusan | Kontinjen | Markah Keseluruhan |
| Johan | Melaka | 354 |
| Naib Johan | Briged Utara | 351 |
| Ketiga | Briged Tengah | 339 |
Markah Keseluruhan Kejohanan Menembak Piala KPN 2011 Kategori Tembak Jatuh Piring Besi:
| Keputusan | Kontinjen |
| Johan | PULAPOL Kuala Lumpur |
| Naib Johan | Johor |
| Ketiga | Perak |
Kategori karate pula berakhir dengan Kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan diikuti naib johan keseluruhan, Kontinjen Terengganu, ketiga keseluruhan, Kontinjen Johor dan keempat keseluruhan disandang oleh Kontinjen Briged Tenggara.
Kategori ini mempertandingkan acara Kumite Individu, Kumite Berpasukan, Kumite Novis Bawah 23 Tahun, Kata Individu dan Kata Berpasukan, mengikut Peraturan Pertandingan berpandukan kepada Undang-Undang Persekutuan Karate Sedunia (WKF)/ Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF)
Acara Kumite Berpasukan Wanita:
| Pencapaian | Kontinjen |
| Emas (Piala Pusingan) | Perlis |
| Perak | Kuala Lumpur |
| Gangsa Pertama | Johor |
| Gangsa Kedua | Pulau Pinang |
Acara Kumite Berpasukan Lelaki:
| Pencapaian | Kontinjen |
| Emas (Piala Pusingan) | PULAPOL KL |
| Perak | Johor |
| Gangsa Pertama | Briged Tengah PGA |
| Gangsa Kedua | Sabah |
Upacara penutup kejohanan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) PDRM.
Pasukan PULAPOL Kuala Lumpur...Acara akhir Tembak Jatuh Piring Besi
Pasukan dari Kontinjen Johor...Naib Johan Acara Tembak Jatuh Piring Besi
Juara Keseluruhan Menembak Piala KPN 2011...Kontinjen Kuala Lumpur
Kontinjen Perak..Naib Johan Keseluruhan
Penembak-penembak wanita yang menyertai Kejohanan Menembak Piala KPN Tahun 2011
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Menembak & Karate PDRM Piala Ketua Polis Negara Tahun 2011
YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar diperkenalkan kepada Pengurus-pengurus Pasukan...
Pertandingan Akhir Kumite Berpasukan Wanita antara Kontinjen Perlis dan Kuala Lumpur
Pertandingan Akhir Berpasukan Kumite Lelaki antara Kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur dan Johor
Johan KATA Berpasukan ... Persembahan menarik dari Briged Tenggara
YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA bergambar kenangan bersama barisan pengadil.
Pasukan tuan rumah, Briged Tenggara PGA diketuai oleh ASP Zaidi bin Hj. Osman
PULAPOL Kuala Lumpur...Johan Keseluruhan Kejohanan Karate Piala KPN Tahun 2011
Kontinjen Terengganu, Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Karate Piala KPN Tahun 2011
Kontinjen Perlis, Juara Kumite Berpasukan Wanita
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S. Nor