Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Kerajaan Negeri Johor berpuashati di atas prestasi Kontinjen Polis Johor di bawah kepimpinan Ketua Polis Johor yang telah memperlihatkan komitmen yang tinggi, melindungi masyarakat daripada segala be
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengisytiharan-perasmian-ibu-pejabat-polis-daerah-ledang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:44 MYT

Tangkak, Johor - 15 Julai 2011. Penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang adalah selari dengan keputusan kerajaan Negeri Johor yang meluluskan cadangan supaya Tangkak dijadikan sebuah daerah pentadbiran awam yang baru.

Dengan keluasan 122,523 hektar dan kepadatan penduduk seramai 141,426 orang, Polis Diraja Malaysia telah mewujudkan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah  yang dikenali sebagai IPD Ledang dan telah diwartakan sebagai IPD yang ke-13 di Negeri Johor Darul Takzim.

Pada 1 Februari 2009, IPD Ledang telah mula beroperasi dengan diketuai oleh seorang Ketua Polis Daerah berpangkat Superintendan Polis dengan kekuatan seramai 320 orang pegawai kanan, anggota dan pegawai awam.

"Berorientasikan kepada metropolitan policing, PDRM mengorak langkah mempermodenkan perkhidmatannya selari dengan perkembangan semasa ekonomi dan mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat hingga kehadirannya dapat dirasai" ucap YDH DIG Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

"Melalui semangat yang tersirat dalam kaedah kepolisan masyarakat atau Community Oriented Policing, saya menyeru supaya kita bersama-sama mengembeling usaha untuk menentukan keadaan keselamatan di negara ini ke tahap yang paling selamat, sejajar dengan Visi PDRM dan PDRM harus sentiasa dilihat mempunyai regulatory strength yang kental dan kukuh".

"Jadikan pendekatan 4P sebagai teras perkhidmatan, pendekatan Pelan Strategik 5 Tahun PDRM dan pelaksanaan ' security blueprint' secara menyeluruh hendaklah didokong oleh IPD Ledang agar PDRM akan terus berketerampilan dalam menangani segala ancaman dan perubahan persekitaran yang seba mencabar", amanat YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar kepada warga IPD Ledang sebelum mengakhiri ucapan perasmiannya.

Majlis Pengistiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang diserikan dengan kehadiran YB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor bersama YB Dato' Ali bin Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Turut hadir ialah YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Haji Mohd Shariff, Ketua Polis Johor, Y.Bhg Tuan Haji Amran bin Abd Rahman, Pegawai Daerah Ledang, YDH SUPT. Harun bin Idris, Ketua Polis Daerah Ledang, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Dif-dif jemputan, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Johor, wakil-wakil jabatan dan komuniti penduduk.

"Kerajaan Negeri Johor berpuashati di atas prestasi Kontinjen Polis Johor di bawah kepimpinan Ketua Polis Johor yang telah memperlihatkan komitmen yang tinggi, melindungi masyarakat daripada segala bentuk ancaman jenayah dan kesan kejayaan, dapat dirasakan oleh rakyat Johor", ucap YB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor sempena Majlis Pengistiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang.

"Saya berharap, warga IPD Ledang akan terus berusaha dengan lebih gigih, sekaligus menjadikan IPD ini sebagai satu premis yang kondusif dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat serta membantu kerajaan dalam menjayakan satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu mengurangkan jenayah", akhiri ucapan oleh YB Menteri Besar Johor.

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Ketua Polis Johor

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang
Kawalan Kehormatan, segak bergaya...

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang
YDH Timbalan Ketua Polis Negara membalas tabik hormat dari Kawalan Kehormatan...

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang

YB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor bersama YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang

Ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang
Ucapan Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang oleh YB Menteri Besar Johor

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang
YB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor menandatangani plak perasmian

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang

YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada YB Menteri Besar Johor

Pengisytiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang

YDH Ketua Polis Johor menyampaikan cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Gambar-gambar sekitar Majlis Pengistiharan Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang

Wartawan: Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto     : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM