Usaha Bersama Uitm Melahirkan Ilmuan Dari Warga Pdrm
Shah Alam , 14 Julai 2011 -
Sejajar dengan Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa (UiTM), sejarah
terpahat sekali lagi dalam kalendar PDRM dengan termeterainya
persefahaman antara kedua-dua institusi ini melalui Majlis
Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara PDRM dan UiTM di Bangunan
Canseleri, UiTM Shah Alam, hari ini.
Ianya
adalah bagi membentuk satu persefahaman jangka panjang di antara
kedua-dua pihak dalam beberapa isu kepentingan bersama yang telah
dibincang dan dipersetujui semasa pertemuan sebelum ini iaitu kerjasama
berterusan dalam bidang pendidikan, latihan, penyelidikan.
Selain
itu juga, objektif perjanjian ini juga bagi membolehkan pihak UiTM
membuka peluang kepada anggota pangkat rendah (APR) PDRM melanjutkan
pelajaran sama ada melalui mod luar kampus, pengajian jarak jauh (PJJ)
atau e-PJJ seterusnya membantu PDRM untuk melahirkan lebih ramai
warganya yang berilmu pengetahuan selari dengan keperluan masa kini.
MoU
ini difahamkan juga memberi laluan kepada pihak UiTM untuk
mempermudahkan lagi permohonan kemasukan ke UiTM di kalangan anak-anak
warga PDRM lepasan SPM dan STPM.
YDH
Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya
hari ini mengalu-alukan hasrat UiTM untuk menubuhkan sebuah fakulti
berasaskan kepolisan, khas untuk warga PDRM mempertingkatkan kemahiran
dan kelayakan akademik warga PDRM.
Beliau
turut menambah, hasrat untuk mewujudkan sebuah pejabat polis bantuan
dalam kawasan kampus di UiTM Shah Alam akan mampu direalisasikan dan ini
merupakan satu usaha untuk memudahkan urusan pentadbiran bagi Polis
Bantuan UiTM.
Kerjasama
dalam bidang kepakaran ini diharap dapat memantapkan lagi sistem
penyampaian perkhidmatan PDRM ke tahap yang lebih efisien dan dinamik.
"Sesungguhnya
kerjasama yang akan terjalin ini nanti, adalah manifestasi daripada
rasa tanggungjawab bersama, yang menjadi satu kewajipan dan amanah
kepada kita warga PDRM dan UiTM untuk melahirkan insan berilmu dan
intelektual serta maju dalam kerjaya masing-masing,"
"Semoga dengan kerjasama ini, hasrat PDRM untuk melahirkan sebuah pasukan polis yang bertaraf 'world class' akan menjadi kenyataan sekaligus dapat memenuhi anjakan paradigma dalam organisasi kepolisan di negara ini," akhiri beliau.
MoU
pada hari ini menyaksikan majlis tandatangan di antara YDH Ketua Polis
Negara yang mewakili PDRM dan Y.Bhg Dato' Profesor Ir Dr. Sahol Hamid
bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM yang mewakili UiTM dan turut dihadiri
Pengarah-pengarah PDRM, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, Y.Bhg Dr. Hajah Zahrah Mokhtar,
Pendaftar UiTM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan UiTM,
wakil-wakil media dan tetamu-tetamu jemputan.



YDH Ketua Polis Negara menyempurnakan upacara simbolik pelancaran logo.

Y.Bhg Dato' Profesor Ir Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTM melekatkan logo Polis Bantuan kepada pegawai baris.

Pemakaian logo Polis Bantuan UiTM secara bersama-sama.

Ucapan Y.Bhg Dato' Profesor Ir Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar, Naib Canselor UiTm.

Ucapan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.


Upacara menandatangani MoU.





